Connect with us

Terkini

Oscars 2024: Syarat libatkan LGBTQ+ normalisasi agenda kelompok songsang dalam filem – Karyawan

Syarat penyertaan LGBTQ+ bagi melayakkan sesebuah filem bertanding di Oscars 2024 adalah normalisasi agenda kelompok songsang itu dalam industri filem.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Oscars 2024: Syarat libatkan LGBTQ+ normalisasi agenda kelompok songsang dalam filem – Karyawan
Foto: Pengurus Persatuan Karyawan Malaysia, Ahmad Abdullah (kiri), Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha (kanan).
  • Pengurus Persatuan Karyawan Malaysia, Ahmad Abdullah berkata syarat di bawah garis panduan penyertaan filem itu juga seolah-olah memaksa pembikin filem mengiktiraf kumpulan songsang itu.
  • Beliau juga menyifatkan tindakan meletakkan garis panduan seumpama itu atas alasan diskriminasi atau penglibatan semua kaum sebagai kurang cerdas.
  • Katanya, ini kerana industri kreatif perlu melihat kepada bakat, keterampilan dan kemahiran bukannya faktor gender (jantina).
  • “Pada saya, itu agenda normalisasi kumpulan ini. Mungkin perjuangan ini dibawa human rights ke saya tak rasa Oscar sendiri peduli tapi mungkin juga mereka nak selaraskan dengan content ke apa, itu buat seperti itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
  • Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha menyifatkan garis panduan itu tiada masalah untuk dilaksanakan.
  • Golongan LGBTQ+ juga manusia dan sebahagian daripada ciptaan Tuhan, justeru tidak seharusnya kumpulan itu diasingkan atau dihina selagi mana mereka tidak melanggar budaya dan agama, kata Pansha.
  • “Malaysia ini tidak patut nak buat cerita melibatkan mereka (LGBT) sekarang kerana kita belum masuk Oscars lagi so biarlah kita buat cerita tentang budaya dan negara kita serta kita cuba masuk… tak perlu kita terpaksa ke dipaksa ke masukan LGBT dalam cerita-cerita kita,” kata Presiden PFM itu.

KUALA LUMPUR – Syarat penyertaan LGBTQ+ bagi melayakkan sesebuah filem bertanding di Oscars 2024 adalah normalisasi agenda kelompok songsang itu dalam industri filem.

Pengurus Persatuan Karyawan Malaysia, Ahmad Abdullah berkata syarat di bawah garis panduan penyertaan filem itu juga seolah-olah memaksa pembikin filem mengiktiraf kumpulan songsang itu.

Beliau juga menyifatkan tindakan meletakkan garis panduan seumpama itu atas alasan diskriminasi atau penglibatan semua kaum sebagai kurang cerdas.

Katanya, ini kerana industri kreatif perlu melihat kepada bakat, keterampilan dan kemahiran bukannya faktor gender (jantina).

“Pada saya last sekali talent bukan gender, warna kulit atau agama sebab kita nak hasilkan produk kreatif dia akan terlahir dari kemahiran kreativiti dan juga bakat.

“Benda ini tak perlu digariskan pun tapi mungkin atas dasar discriminate mereka gariskan sebab pada mereka satu diskriminasi, tak nak berlaku kefahaman homophobic dalam industri ini so wajibkan.

“Pada saya, itu agenda normalisasi kumpulan ini. Mungkin perjuangan ini dibawa human rights ke saya tak rasa Oscar sendiri peduli tapi mungkin juga mereka nak selaraskan dengan content ke apa, itu buat seperti itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan The Merdeka Times mengenai Anugerah Akademi ke-96 (Oscars 2024) akan mengguna pakai garis panduan baharu yang menyebut perlu melibatkan golongan LGBT dalam keseluruhan pembikinan filem bagi penganugerahan kategori Best Picture (Filem Terbaik)

Mengulas lanjut, Ahmad berkata adalah sesuatu yang kelakar dan bercanggah dengan tatasusila, etika, agama, budaya dan fitrah jika ada di antara produksi di Malaysia memenuhi syarat itu demi melayakkan diri ke Oscar.

Susulan itu, beliau meminta pihak produksi terlebih dahulu berfikir dengan bijak sama ada sanggup atau tidak mengorbankan apa yang dipegang sebelum ini demi meraih anugerah yang belum tentu dapat dimiliki.

Katanya, di barat mereka mempunyai etika yang perlu dipatuhi begitu juga dengan Malaysia, namun itu bukan bermakna kita perlu mengikuti mereka.

“Perlukah mereka buat? (ikut syarat Oscars) Kalau rasa perlu…dia (produksi) akan menghadapi masalah di Malaysia…. mungkin barat happy sebab memenuhi kriteria itu tetapi dia menimbulkan keresahan. 

“Satu je filem kita pergi sana cuba menyahut seruan dia akan jadi satu benda yang kecoh.. melahirkan kebimbangan. Kau akan cipta satu keadaan yang tidak selesa terutamanya apabila melibatkan bangsa Melayu dan Islam lagilah orang marah,” katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza di mana beliau menyifatkan garis panduan baharu itu tiada masalah untuk dilaksanakan.

Pansha berkata golongan LGBTQ+ juga manusia dan sebahagian daripada ciptaan Tuhan, justeru tidak seharusnya kumpulan itu diasingkan atau dihina selagi mana mereka tidak melanggar budaya dan agama.

“Malaysia ini tidak patut nak buat cerita melibatkan mereka (LGBT) sekarang kerana kita belum masuk Oscars lagi so biarlah kita buat cerita tentang budaya dan negara kita serta kita cuba masuk… tak perlu kita terpaksa ke dipaksa ke masukan LGBT dalam cerita-cerita kita.

Actually sekarang ini dia (Oscars) buat dia ada dia punya ideologi sendiri, tapi kita lain.

“Penerbit Malaysia ini tidak perlu pun mereka mencari, menulis pula cerita yang melibatkan LGBT itu semua tak perlu. Setakat ini tak perlu, kalau kita dah pernah menang dua tiga anugerah di Oscars then kita boleh cuba benda-benda itu,” katanya.

Presiden PFM itu turut mengingatkan pembikin filem tempatan tidak menonjolkan watak dari kumpulan itu (beri watak utama) bagi mengelakkan kontroversi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *