Terkini
Pejuanita gesa kerajaan ambil tindakan tegas, bendung penyebaran LGBT
Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuanita) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung penyebaran gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) yang diperjuangkan beberapa kumpulan hak asasi manusia di negara ini.
- Ketua Pejuanita, Datin Che Asmah Ibrahim, berkata tindakan penyokong gaya hidup songsang membuat perarakan terbuka sempena Hari Wanita Antarabangsa, minggu lalu, adalah keterlaluan.
- Katanya, tindakan keterlaluan itu mencemarkan syiar agama Islam sebagai agama Persekutuan dan nilai sejagat sosiobudaya masyarakat negara ini.
- “Ia juga menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama lain dari pelbagai kaum di negara ini, kerana gaya hidup songsang LGBTQ ditolak oleh semua ajaran agama utama dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuanita) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung penyebaran gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) yang diperjuangkan beberapa kumpulan hak asasi manusia di negara ini.
Ketuanya, Datin Che Asmah Ibrahim, berkata tindakan penyokong gaya hidup songsang membuat perarakan terbuka sempena Hari Wanita Antarabangsa, minggu lalu, adalah keterlaluan.
Katanya, tindakan keterlaluan itu mencemarkan syiar agama Islam sebagai agama Persekutuan dan nilai sejagat sosiobudaya masyarakat negara ini.
“Ia juga menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama lain dari pelbagai kaum di negara ini, kerana gaya hidup songsang LGBTQ ditolak oleh semua ajaran agama utama dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, perjuangan hak wanita di negara ini seharusnya tidak dilihat dalam kerangka perjuangan hak asasi semata-mata.
Katanya, ia juga perlu mengambil kira batasan yang ditetapkan oleh agama dan latar belakang budaya masyarakat negara ini.
“Pejuanita mengambil pendekatan tengah dalam memperjuangkan hak wanita, supaya tidak terlalu konservatif atau liberal sehingga melanggar batas ditetapkan oleh ajaran agama.
“Dalam memperjuangkan hak wanita di negara ini, Pejuanita menggesa supaya kita kembali kepada prinsip asas yang mengaitkan di antara peranan, tanggungjawab dan hak wanita dalam aspek membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya mengeluarkan kenyataan bahawa penganjur perhimpunan itu akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung perarakan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.
Kira-kira 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan itu sambil memegang plakad.
Sumber: Berita Harian