Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria

Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakan besar selain menghentikan penerbangan di bandar kedua Syria yang dilanda perang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakan besar selain menghentikan penerbangan di bandar kedua Syria dilanda perang.
  • Menurut Kementerian Pengangkutan, lapangan terbang itu menjadi saluran utama bagi penerbangan membawa bantuan sejak Syria dilanda gempa bumi, malah penerbangan berkenaan tersebut terpaksa dihentikan.
  • “Pada pukul 2.07 pagi (waktu tempatan), tentera Israel melancarkan serangan udara dari Mediterranean barat Latakia menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo” – Kementerian Pertahanan Syria.

DAMSYIK: Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakan besar selain menghentikan penerbangan di bandar kedua Syria yang dilanda perang.

Menurut Kementerian Pengangkutan, lapangan terbang itu menjadi saluran utama bagi penerbangan membawa bantuan sejak Syria dilanda gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Malah, penerbangan berkenaan kini terpaksa dihentikan.

“Pada pukul 2.07 pagi (waktu tempatan), tentera Israel melancarkan serangan udara dari Mediterranean barat Latakia menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo,” jelas Kementerian Pertahanan Syria dalam kenyataan.

Menurut kementerian, kerosakan itu memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang kepada semua penerbangan.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai mangsa terkorban mahupun cedera dalam serangan udara itu.

Dalam pada itu, pegawai kementerian pengangkutan, Suleiman Khalil berkata, lebih 80 penerbangan membawa bantuan mendarat di Aleppo sejak sebulan lalu untuk diagihkan ke kawasan dilanda gempa bumi.

“Jadi, tidak mungkin akan menerima penerbangan membawa bantuan sehingga kerosakan ini dibaiki,” katanya.

Jelas beliau, serangan udara itu turut menyebabkan landasan lapangan terbang terjejas.

Sementara itu, kementerian dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan segala penghantaran bantuan sudah dialihkan ke lapangan terbang Damsyik dan Latakia.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *