Connect with us

Terkini

Diliwat di asrama punca ramai lelaki jadi homoseks

Ramai netizen lelaki di Twitter mengaku terjebak hubungan homoseksual hingga ada di antaranya menghidap HIV ekoran pernah menjadi mangsa gangguan seksual kaum sejenis semasa sekolah berasrama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Diliwat di asrama punca ramai lelaki jadi homoseks
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Apa menyedihkan ada di antara mereka menjadi mangsa seksual keluarga sendiri dan individu yang bergelar guru.
  • Pendedahan itu dicetuskan pemilik akaun Twitter @danielhvqeem yang menulis ciapan terkait satu klip drama memaparkan pelajar sekolah jadi mangsa seksual pelajar lain.
  • @danielhvqeem dakwa asrama lelaki khususnya adalah lubuk gangguan seksual sekiranya kita betul-betul meneliti kes berkenaan.
  • “Sisi gelap asrama yang quite famous tapi kurang dilaporkan. Tapi ada side lain juga, yang suka sama suka itu lagi banyak dari yang kena paksa. Itu belum masuk part tenaga pengajar lagi,” ulang ciap @achhkoenmgi.

KUALA LUMPUR – Ramai netizen lelaki di Twitter mengaku terjebak hubungan homoseksual hingga ada di antaranya menghidap HIV ekoran pernah menjadi mangsa gangguan seksual kaum sejenis semasa sekolah berasrama.

Apa menyedihkan ada di antara mereka menjadi mangsa seksual keluarga sendiri dan individu yang bergelar guru.

Pendedahan itu dicetuskan pemilik akaun Twitter @danielhvqeem yang menulis ciapan terkait satu klip drama memaparkan pelajar sekolah menjadi mangsa seksual pelajar lain.

@danielhvqeem mendakwa asrama lelaki khususnya adalah lubuk gangguan seksual sekiranya kita betul-betul meneliti kes berkenaan.

Katanya, semoga ada cahaya di penghujung terowong bagi mereka yang pernah menghadapi pengalaman sebegitu.

“Sisi gelap asrama yang quite famous tapi kurang dilaporkan. Tapi ada side lain juga, yang suka sama suka itu lagi banyak dari yang kena paksa. Itu belum masuk part tenaga pengajar lagi,” ulang ciap @achhkoenmgi.

“Memang sampai mampus aku takkan hantar anak aku masuk asrama dengan pendedahan sekarang yang mana semua di hujung jari, lagi bahaya dari yang sedia ada. 

“Siapa yang melalui situasi buruk ini, so sorry this happen to you but never too late to seek help,”  ulang ciap @nrhytrjb.

Antara tangkapan layar ulang ciap di Twitter: 

Apa yang menakutkan apabila mangsa gangguan seksual ini dari rasa terpaksa berubah kepada suka hingga akhirnya mereka pula menjadi ‘pemangsa’.

Pada 2018, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Mohd Yusof ketika itu dilaporkan berkata sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun tersebut.

Beliau dalam kenyataan itu, mencadangkan ibu bapa tidak menghantar anak-anak berumur di bawah 16 tahun ke asrama memandangkan kes-kes gay dan lesbian banyak berlaku di asrama terutamanya di sekolah satu jantina sahaja.

Menurutnya, pada peringkat umur 12 ke 15 tahun golongan ini tidak matang dan tidak tahu membezakan mana sentuhan yang boleh, mana sentuhan yang tidak boleh.

Statisitik Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2021 mendapati 63 peratus jangkitan HIV dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual dan biseksual, manakala 33 peratus disebabkan hubungan heteroseksual. – The Merdeka Times

Sumber : Twitter @danielhvqeem

Author