Connect with us

Terkini

Pendakwaan Jana Wibawa: Apa terjadi seperti sudah dirancang, terancang – Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) seperti telah ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pendakwaan Jana Wibawa: Apa terjadi seperti sudah dirancang, terancang - Muhyiddin
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).
  • Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) seperti telah ‘dirancang’ dan ‘terancang’.
  • Muhyiddin turut mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid “dalang” rancangan untuk heret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Jana Wibawa.
  • Beliau berkata usaha itu dilakukan untuk menuduh parti itu sebagai kluster mahkamah yang baharu.
  • “Perlembagaan parti benarkan sumbangan diterima dari ahli orang ramai dan juga individu sokong perjuangan parti seperti Bersatu dan ini termasuk dana diterima dari ahli-ahli perniagaan sokong perjuangan parti dan setakat ini tidak ada satu pun undang-undang khusus untuk pembiayaan politik Malaysia.” 

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) seperti telah ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

“Jadi, apa yang berlaku adalah satu perkara yang saya fikir sebagai Presiden Bersatu sebagai yang dirancang dan terancang,” katanya.

Beliau turut mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai “dalang” rancangan untuk mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Jana Wibawa.

Malah, usaha itu dilakukan untuk menuduh parti itu sebagai kluster mahkamah yang baharu, dakwa Muhyiddin.

“Kalau saudari ingat apa kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, dia kata sekarang ini dia tuduh kami ‘kluster mahkamah’ dan selepas ini akan adalah satu kluster baharu, (Kluster) Mahkamah juga.

“Itu sudah macam satu perkara yang sudah awal-awal dakwaan (preempt),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri kes pendakwaan pertuduhan rasuah melibatkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Justeru, pihaknya telah membuat laporan polis pada 15 Februari lalu susulan dakwaan berlaku perkara dirancang untuk mensabitkan anggota parti Bersatu itu.

“Niatnya, pasti tidak baik dan kita sudah buat laporan polis (15 Feb) yang diwakili oleh Armada atas 11 perkara yang saya kira agak berat yang berkaitan dengan soal kerajaan yang ada hari ini,” tambahnya.

Muhyiddin berkata, beliau berasa sedih kerana buat pertama kali parti Bersatu dibawa ke mahkamah.

Beliau turut berharap, Wan Saiful Wan Jan akan mendapat perbicaraan yang adil.

“(Ini) pendakwaan terpilih yang terancang ,setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti parti.

“Justeru, Perlembagaan parti membenarkan sumbangan diterima daripada ahli orang ramai dan juga individu yang menyokong perjuangan parti seperti Bersatu dan ini termasuk dana yang diterima daripada ahli-ahli perniagaan yang menyokong perjuangan parti dan setakat ini tidak ada satu pun undang-undang khusus untuk pembiayaan politik di Malaysia,” tambahnya.

Parti Bersatu juga katanya telah menjadi sasaran pendakwaan terpilih.

“Mengapa saya katakan pendakwaan terpilih ialah kerana parti-parti politik dalam kerajaan terutamanya PH dan BN juga menerima sumbangan daripada ahli-ahli perniagaan ataupun sumbangan orang ramai tertentu.

“Tetapi pemimpin parti mereka ini tidak pun didakwa di mahkamah. Pendakwaan terpilih ini berlaku ketika kerajaan PH dan BN dilihat semakin gagal masalah rakyat dan bakal ditolak dalam pilihan raya di enam buah negeri yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi,” tegas beliau.

Ujarnya lagi, Bersatu sebenarnya telah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan PH dan BN untuk melumpuhkan Bersatu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan BN semakin kuat dalam PRU15.

“Memandangkan tindakan pendakwaan terpilih telah diambil terhadap beberapa pemimpin Bersatu, saya yakin bahawa pembelaan yang sewajarnya dan seadilnya akan ditegakkan di mahkamah manakala mahkamah rakyat pula akan menghukum PH dan BN di atas niat jahat PH dan BN.

“Saya menyeru supaya ahli-ahli Parti Bersatu bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kepimpinan parti sedang mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut saluran undang-undang,” tegasnya.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *