Connect with us

Antarabangsa

Saya penganut Hindu tapi saya menentang Hindutva – Bekas Ketua Menteri Karnataka

Bekas Ketua Menteri Karnataka dan Ketua Pembangkang di Perhimpunan Karnataka, Siddaramiah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya bahawa beliau bukan anti-Hindu tetapi anti-Hindutva pada Isnin. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Siddaramiah.
  • Bekas Ketua Menteri Karnataka dan Ketua Pembangkang di Perhimpunan Karnataka, Siddaramiah berkata Hindutva merujuk kepada perkara bersifat keganasan, pembunuhan dan diskriminasi.
  • Fahaman pelampau Hindu itu juga bertentangan dengan Perlembagaan India.
  • Menurutnya, Hindutva dan Manuvad menyokong pembunuhan, keganasan dan diskriminasi.

Bengaluru – Bekas Ketua Menteri Karnataka dan Ketua Pembangkang di Perhimpunan Karnataka, Siddaramiah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya bahawa beliau bukan anti-Hindu tetapi anti-Hindutva pada Isnin. 

Menurutnya, fahaman Hindutva adalah merujuk kepada perkara bersifat keganasan, pembunuhan dan diskriminasi.

“Hindutva bertentangan dengan Perlembagaan (India). Hindutva dan Hindu Dharma berbeza. Saya tidak menentang agama Hindu. Saya seorang Hindu tetapi menentang Manuvad dan Hindutva.

“Tiada agama yang menyokong pembunuhan dan keganasan tetapi Hindutva dan Manuvad menyokong pembunuhan, keganasan dan diskriminasi,” katanya dipetik Sahil Online.

Pada 8 Januari lalu, beliau menegaskan dirinya seorang Hindu, namun menentang Hindutva. 

Pada majlis sama, beliau juga berkata tidak pernah menentang Kuil Ram di Ayodhya tetapi menentang menggunakannya untuk kepentingan politik.

Sumber: Sahil Online

 

Author