Connect with us

Ekonomi

Inflasi keseluruhan tahun ini dijangka sederhana tapi kekal tinggi

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras tahun ini menjadi sederhana tetapi kekal tinggi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Inflasi keseluruhan tahun ini dijangka sederhana tapi kekal tinggi
Foto: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus
  • “Inflasi teras dijangka kekal tinggi dalam jangka masa terdekat, sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada separuh pertama tahun 2022.” – Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus
  • “Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada akan terus membendung sebahagian dari tahap tekanan inflasi yang meningkat.”
  • “Prospek inflasi kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan dasar dalam negeri serta perkembangan harga komoditi global,” katanya

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras tahun ini menjadi sederhana tetapi kekal tinggi.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, unjuran itu dibuat susulan keadaan tekanan kos dan permintaan yang berlarutan.

“Inflasi teras dijangka kekal tinggi dalam jangka masa terdekat, sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada separuh pertama tahun 2022.

“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada akan terus membendung sebahagian daripada tahap tekanan inflasi yang meningkat.

“Prospek inflasi kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan dasar dalam negeri serta perkembangan harga komoditi global,” katanya dalam sidang media Prestasi Ekonomi Malaysia bagi suku keempat dan tahun penuh 2022 di sini pada Jumaat.

Sementara itu, mengimbas kadar inflasi pada tahun 2022, Nor Shamsiah berkata, inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus tahun 2021 dan purata inflasi teras lebih tinggi pada 3.0 peratus berbanding 0.7 peratus tahun 2021.

Ujar beliau, inflasi keseluruhan menjadi sederhana kepada 3.9 peratus pada suku keempat berbanding 4.5 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

Katanya lagi, penurunan yang sederhana ini sebahagian besarnya disebabkan oleh luputnya kesan asas inflasi elektrik iaitu penyumbang utama kepada inflasi yang lebih tinggi pada suku ketiga tahun 2021.

“Trend penurunan dalam harga komoditi utama dunia sebahagiannya menyebabkan inflasi yang lebih rendah dalam beberapa barangan Indeks Harga Pengguna (IHP), termasuk bahan api.

“Inflasi beberapa bahan makanan ruji utama, seperti daging segar dan telur, juga menjadi sederhana pada suku tersebut.

“Bagaimanapun, kesan penurunan daripada faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh inflasi teras yang lebih tinggi,” katanya.

Inflasi teras meningkat kepada 4.2 peratus berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga tahun sama didorong oleh permintaan yang terus kukuh dalam keadaan persekitaran kos yang masih tinggi.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *