Connect with us

Terkini

Ketua Pemuda PAS kecam tindakan penggantungan pemain hoki negara, Hanis Nadia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh digesa menarik semula tindakan penggantungan pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada menyertai mana-mana tugasan antarabangsa termasuk mewakili pasukan hoki kebangsaan ke temasya Sukan SEA Cambodia 2023.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Ketua Pemuda PAS kecam tindakan penggantungan pemain hoki negara, Hanis Nadia
Foto: Dari kiri, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh digesa tarik kembali tindakan penggantungan pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada sertai mana-mana tugasan antarabangsa termasuk memewakili pasukan hoki kebangsaan ke temasya Sukan SEA Cambodia 2023.
  • Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang meluahkan kekesalan dengan  tindakan itu menyifatkannya sebagai tindakan sangat keras berbanding kesalahan didakwa dilakukan Hanis.
  • Hanis sendiri telah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapan itu dan memadam komen tersebut.
  • Fadhli Shaari melihat tindakan dikenakan ke atas Hanis akan menyebabkan masa depan beliau dan juga peluang skuad negara meraih pingat di dalam Sukan Sea Cambodia 2023 terjejas.

 

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh digesa menarik semula tindakan penggantungan pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada menyertai mana-mana tugasan antarabangsa termasuk mewakili pasukan hoki kebangsaan ke temasya Sukan SEA Cambodia 2023.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dengan nada penuh kesal menyifatkan  tindakan yang dikenakan itu sangat keras berbanding kesalahan dilakukan Hanis.

Fadhli Shaari berkata, Hanis sendiri juga telah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapan itu dan memadam komen tersebut.

Pada masa sama, beliau turut melihat tindakan dikenakan ke atas Hanis akan menyebabkan masa depan beliau dan juga peluang skuad negara untuk meraih pingat di dalam Sukan Sea Cambodia 2023 terjejas.

“Jawatankuasa Siasatan sendiri mengakui Hanis memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin tinggi sepanjang latihan dan kejohanan.  

“Bahkan jurulatihnya sendiri menyatakan beliau memiliki ramai rakan-rakan hoki di kalangan bangsa India dan mereka bergaul rapat tanpa masalah ekoran sifatnya yang mudah mesra dengan rakan sepasukan.

“Ini bermaksud apa yang ditulis langsung tidak mempunyai niat untuk membangkitkan elemen perkauman dan rasis seperti yang didakwa oleh sebahagian netizen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaharu, media melaporkan Hanis digantung daripada sertai mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Cambodia 2023.

Penggantungan itu dikenakan susulan Hanis didapati bersalah memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berkenaan konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), pada 7 Februari lalu. – The Merdeka Times.

 

Sumber : Facebook Fadhli Shaari

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *