Connect with us

Antarabangsa

Kedutaan AS di Sweden beri amaran serangan balas insiden bakar al-Quran

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Sweden memberi amaran kepada rakyatnya di negara itu tentang kemungkinan berlaku serangan balas ekoran insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan ahli politik sayap kanan Sweden.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kedutaan AS di Sweden beri amaran serangan balas insiden bakar al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Sweden memberi amaran kepada rakyatnya di negara itu tentang kemungkinan berlaku serangan balas ekoran insiden pembakaran al-Quran.
  • “Rakyat AS dinasihatkan untuk berhati-hati semasa ke tempat awam yang dihadiri ramai orang,” kata wakil keselamatan dalam laman sesawang kedutaan.
  • Protes di Stockholm menerima kutukan keras dari Turkiye yang menyatakan Sweden sepatutnya tidak boleh membiarkan tindakan “anti-Islam” selain menggantung perbincangan penyertaan Sweden dan Finland ke dalam NATO.
  • Menteri Luar Sweden menasihatkan warga negara itu yang berada di Turkiye untuk tidak terlibat dalam demonstrasi.

 

Washington/Stockholm: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Sweden memberi amaran kepada rakyatnya di negara itu tentang kemungkinan berlaku serangan balas ekoran insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan ahli politik sayap kanan Sweden.

“Rakyat AS dinasihatkan untuk berhati-hati semasa ke tempat awam yang dihadiri ramai orang,” kata wakil keselamatan dalam laman sesawang kedutaan itu pada Ahad lalu, yang turut mengingatkan kemungkinan serangan pihak tidak dikenal pasti lanjutan insiden pembakaran kitab suci al-Quran di Stockholm.

“Tempat-tempat berkumpul seperti rumah ibadah mungkin akan menjadi sasaran. Berjaga-jaga apabila berada dalam dan sekitar fasiliti diplomatik,” katanya.

Protes di Stockholm itu menerima kutukan keras dari Turkiye yang menyatakan Sweden sepatutnya tidak boleh membiarkan tindakan “anti-Islam” selain mengantung perbincangan penyertaan Sweden dan Finland ke dalam NATO.

Menteri Luar Sweden menasihatkan warganya yang berada di Turkiye untuk tidak terlibat dalam demonstrasi.

Kedutaan AS di Ankara bersama negara barat yang lain, turut mengeluarkan amaran tentang kemungkinan serangan balas di tempat-tempat ibadah ekoran insiden pembakaran al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark.

 

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *