Connect with us

Terkini

Benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar – Pemuda UMNO

Pemuda UMNO meminta kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar – Pemuda UMNO
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
  • Permintaan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. – Ketua UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
  • Tegasnya, beliau akan terus mengetengahkan perkara itu walau ada pihak sinis, memerli dan mempertikaikan perjuangannya untuk pengeluaran KWSP buat kali terakhir.
  • “Namun kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal (pengeluaran KWSP). Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar.
  • Beliau dan Pemuda UMNO  tetap menjadi jurubicara rakyat menyuarakan suara hati rakyat dari semasa ke semasa walaupun beliau bukan lagi Ketua Pemuda UMNO selepas ini, katanya.

 

PETALING JAYA – Pemuda UMNO meminta kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Tegasnya, beliau akan terus mengetengahkan perkara tersebut walau ada pihak yang sinis, memerli dan mempertikaikan perjuangannya untuk pengeluaran KWSP buat kali terakhir.

“Malam tadi sempat juga disuarakan beberapa isu yang menyentuh perihal kegusaran rakyat termasuk bersangkutan dengan tanggungan beban kewangan rakyat menjelang musim persekolahan baharu.

“Namun kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal (pengeluaran KWSP). Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar.

“Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum penggal persekolahan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di Ibu Pejabat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.

Asyraf Wajdi berkata, beliau dan Pemuda UMNO akan tetap menjadi jurubicara rakyat menyuarakan suara hati rakyat dari semasa ke semasa walaupun beliau bukan lagi Ketua Pemuda UMNO selepas ini.

Beliau pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO akan datang. 

 

Sumber: Kosmo Online

Author