Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindutva belasah pasangan suami isteri Kristian

Pasangan suami isteri Kristian dibelasah dan dituduh melakukan penukaran agama secara paksa oleh sekumpulan pelampau Hindutva.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Pelampau Hindutva belasah pasangan suami isteri Kristian
Foto: Paul Kumar ketika dibelasah beberapa lelaki pelampau Hindutva, disaksikan isterinya, Sushmita yang cuba mempertahankannya.
  • Paul Kumar bersama isterinya, Sushmita dan seorang saudara terdekat, Sonia sedang dalam perjalanan pulang dari Vaishali, Bihar selepas melawat kenalan yang sakit pada 12 Januari lalu.
  • Mereka kemudian didatangi sekumpulan pelampau Hindutva yang membelasah mereka secara tiba-tiba.
  • Menurut satu rakaman video, mereka dibelasah kerana pelampau Hindutva menuduh mereka melakukan penukaran agama secara paksa.

Pasangan suami isteri Kristian dibelasah dan dituduh melakukan penukaran agama secara paksa oleh sekumpulan pelampau Hindutva.

Memetik laporan Hindutva Watch, Paul Kumar bersama isterinya, Sushmita dan seorang saudara terdekat, Sonia sedang dalam perjalanan pulang dari Vaishali, Bihar selepas melawat kenalan yang sakit pada 12 Januari lalu.

Sekumpulan lelaki sekitar tujuh ke lapan orang mendatangi mereka secara tiba-tiba dan mula membelasah Paul sambil memaki hamun.

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, kedengaran lelaki itu berkata, “kami akan hancurkan sesiapa sahaja yang cuba menganggu Ram (Tuhan) kami”.

Menurut Paul, kumpulan itu juga mengugut untuk menaikkan tangan kepada isterinya.

Sonia, yang merupakan seorang wanita tua, juga dilihat cuba menghalang perbuatan mereka dalam video itu.

Namun mereka menolaknya dan berkata “belasah perempuan tua ini dahulu”.

Hanya selepas dibelasah, barulah Paul dan keluarganya dapat melarikan diri, itupun setelah ‘merayu belas kasihan’.

“Badan saya bengkak selepas kejadian itu. Sejak itu, saya benar-benar trauma” kata Paul.

“Ya, kami adalah orang Kristian dan kami bercakap tentang kepercayaan kami secara terbuka. Saya seorang paderi. Tetapi itu tidak bermaksud kami ini penjenayah,” katanya.

Sumber: Hindutva Watch

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *