Antarabangsa
Masanya untuk perangi Islamofobia secara serius di Kanada – Aktivis
Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.
- Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.
- Pengurus program pendidikan Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM), Aasiyah Khan berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan lembaga sekolah Peel District yang mengadaptasi strategi itu minggu lalu.
- “Saya harap lembaga sekolah lain mengambil perhatian dan mengikuti jalan yang sama seperti yang dilakukan oleh Peel,” katanya percaya lembaga-lembaga sekolah di Kanada sedar ancaman Islamofobia adalah benar.
- Bekas pengarah pendidikan Lembah Thames, Bill Tucker mengalu-alukan sebarang inisiatif bagi menjadikan pelajar Islam berasa selamat di sekolah.
KANADA – Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.
Pengurus program pendidikan Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM), Aasiyah Khan berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan lembaga sekolah Peel District yang mengadaptasi strategi itu minggu lalu.
“Lembaga sekolah Daerah Peel telah menunjukkan contoh yang luar biasa – sesuatu seperti ini adalah bersejarah.
“Saya harap lembaga sekolah lain mengambil perhatian dan mengikuti jalan yang sama seperti yang dilakukan oleh Peel,” katanya dipetik The London Free Press.
Kira-kira 25 peratus daripada populasi pelajar di daerah Peel adalah penganut Islam.
Khan percaya bahawa lembaga-lembaga sekolah di Kanada sedar ancaman Islamofobia adalah benar.
Aktivis itu berkata NCCM bekerjasama dengan lembaga sekolah Thames Valley berikutan kematian empat ahli keluarga Afzaal yang terbunuh dalam serangan trak bermotifkan kebencian di London pada 2021.
Bekas pengarah pendidikan Thames Valley, Bill Tucker berkata “ada keperluan sebenar.. untuk membasmi barah ini dalam masyarakat kita”.
“Sebarang inisiatif yang dibangunkan dan dilaksanakan untuk menjadikan pelajar Islam kita berasa selamat di sekolah dan kawasan kejiranan kita harus dialu-alukan dan dipuji,” katanya.
Pada Khamis lalu, sehari selepas strategi Peel diluluskan, Perdana Menteri Justin Trudeau menamakan peguam bela hak asasi manusia, Amira Elghawaby sebagai wakil khas pertama Kanada untuk memerangi Islamofobia.
“Kepelbagaian benar-benar adalah salah satu kekuatan terbesar Kanada, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, Islamofobia adalah terlalu biasa,” kata Trudeau dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Laporan baharu yang dikeluarkan Jumaat dari Islamic Relief Canada mengkaji kesan Islamofobia dalam pasaran buruh Kanada.
Lebih 67 peratus daripada 700 peserta berkata mereka pernah mengalami diskriminasi formal dan 84 peratus mengalami diskriminasi tidak formal di tempat kerja mereka, menurut laporan itu.
Sumber: The London Free Press