Connect with us

Terkini

Media penting dalam pelaksanaan dasar kerajaan – TPM

Media massa bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan, sebaliknya juga penting sebagai medium mendapatkan maklum balas keberkesanan pelaksanaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Media penting dalam pelaksanaan dasar kerajaan – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media berperanan menghidangkan maklumat daripada kerajaan kepada khalayak sama ada penonton, pembaca atau mereka yang mengikuti media digital.
  • Dalam konteks KKDW, maklumat berkenaan agensi di bawahnya, yang punya hubungan rapat dengan rakyat, seperti sektor pendidikan daripada prasekolah dan universiti serta beberapa bidang lain, harus dikongsikan.
  • Berikutan itu, pihaknya bersedia mengeratkan lagi kerjasama dengan media, khususnya Media Prima.

 

PUTRAJAYA: Media massa bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan, sebaliknya juga penting sebagai medium mendapatkan maklum balas keberkesanan pelaksanaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tugasnya yang turut memegang portfolio Kemajuan Desa dan Wilayah menuntut pendekatan baharu dalam menjayakan agenda kumpulan sasar.

“Dalam konteks pejabat saya dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, terlalu banyak agenda yang telah, sedang dan akan dilaksanakan melalui pendekatan baharu untuk kumpulan sasaran sedia ada bagi dilaksanakan secara efektif.

“Kita harus melihat dari segi keberkesanan kepada kos atau belanjawan yang diberikan oleh kerajaan kepada kementerian ini untuk dilaksanakan.

“Pelaksanaannya bukan hanya berdasarkan kepada ‘output’, berapa program yang dilaksanakan tetapi sejauh mana keberkesanan program yang dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas program Santai Pagi Timbalan Perdana Menteri dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali.

Yang turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Timbalan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin serta Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan, Azlan Abdul Aziz.

Ahmad Zahid berkata media berperanan menghidangkan maklumat daripada kerajaan kepada khalayak sama ada penonton, pembaca atau mereka yang mengikuti media digital.

Beliau berkata, dalam konteks KKDW, maklumat berkenaan agensi di bawahnya, yang mempunyai hubungan rapat dengan rakyat, seperti sektor pendidikan daripada prasekolah hingga ke universiti dan beberapa bidang keutamaan lain, harus dikongsikan.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya bersedia mengeratkan lagi kerjasama dengan pihak media, khususnya Media Prima.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *