Terkini
Keterjaminan bekalan makanan negara perlu kerjasama pihak swasta – TPM
Pihak swasta wajar bekerjasama erat dengan agensi serta jabatan di kementerian supaya penyelarasan pengeluaran makanan berskala besar dapat dilakukan bagi menampung keterjaminan makanan.
- TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam usaha kerajaan menjamin bekalan makan yang cukup untuk rakyat, pihak swasta secara kolektif juga wajar memikul tugas yang sama.
- “Peranan pihak swasta bukan hanya di kawasan perladangan tetapi syarikat pengeluaran atau peruncit di samping pemborong juga harus dibabitkan dalam pengeluaran dan pemasaran bahan makanan ini,” katanya.
PUTRAJAYA: Pihak swasta wajar bekerjasama erat dengan agensi serta jabatan di kementerian supaya penyelarasan pengeluaran makanan berskala besar dapat dilakukan bagi menampung keterjaminan makanan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dalam usaha kerajaan menjamin bekalan makan yang mencukupi untuk rakyat, pihak swasta secara kolektif juga wajar memikul tugas yang sama.
“Peranan pihak swasta bukan hanya di kawasan perladangan tetapi syarikat pengeluaran atau peruncit di samping pemborong juga harus dibabitkan dalam pengeluaran dan pemasaran bahan makanan ini,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Pagi Timbalan Perdana Menteri dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali.
Yang turut hadir Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Timbalan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin serta Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan, Azlan Abdul Aziz.
Sumber: Berita Harian