Connect with us

Terkini

Unit Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman siasat wanita komedi hina Islam

Kes wanita komedi hina Islam disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terancang (USJT), Bukit Aman berikutan melibatkan isu agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

  • Kes wanita komedi hina Islam disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terancang (USJT), Bukit Aman berikutan melibatkan isu agama.
  • Laporan itu disahkan oleh Jurucakap Polis Kuala Lumpur.
  • Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab di TTDI.

KUALA LUMPUR – Jurucakap Polis Kuala Lumpur mengesahkan, kes seorang wanita yang dipercayai melakukan perbuatan menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, akan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terancang (USJT) daripada siasatan polis Petaling Jaya.

Menurut beliau, kes ini dirujuk ke Bukit Aman berikutan ia melibatkan isu agama.

Terdahulu The Merdeka Times melaporkan umat Islam di negara ini digemparkan dengan penularan satu rakaman video menunjukkan seorang wanita yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab di TTDI.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amira Abdullah dan berasal dari Kuala Kangsar itu didakwa mempermainkan agama Islam semasa membuat persembahan komedi di kelab tersebut.

Siti Amira atau dikenali sebagai Amy membuat kejutan apabila dia yang tampil sopan mengenakan tudung dan baju kurung Kedah tiba-tiba menanggalkan pakaian itu hadapan khalayak ramai.

Dia dilihat mengenakan baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha berwarna coklat. – The Merdeka Times

Baca berita susulan – ‘Pelawak’ wanita hina Islam, operasi kelab komedi digantung DBKL

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *