Connect with us

Terkini

Rundingan rahsia 1MDB?: Kerajaan tegas nafi, SPRM terus siasat Jho Low

Published

on

Foyo: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan siasatan terhadap ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (Jho Low), masih diteruskan dan tidak pernah ditutup, walaupun pelbagai spekulasi timbul.
  • Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, secara tegas menafikan dakwaan bahawa Jho Low telah memasuki Malaysia tahun lalu untuk mengadakan rundingan rahsia berkaitan penyelesaian 1MDB, seperti yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report.
  • Nama Jho Low tiada dalam senarai pengampunan yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-250 AS, sekaligus menamatkan spekulasi bahawa beliau mungkin menerima pengampunan daripada Presiden Donald Trump.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa siasatan terhadap ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, masih diteruskan dan tidak pernah ditutup.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat SPRM di sini hari ini, mengesahkan bahawa siasatan terhadap dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kekal terbuka.

“Ya, siasatan terhadap Jho Low masih lagi ‘on’, tak pernah ditutup. Ia masih lagi dibuka,” katanya kepada pemberita yang dipetik Berita Harian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan yang mendakwa Jho Low akan pulang ke Malaysia bagi mengadakan rundingan dengan kerajaan.

Kerajaan sebelum ini secara rasmi menafikan dakwaan bahawa Jho Low telah memasuki Malaysia tahun lalu bersama delegasi dari China bagi mengadakan rundingan rahsia berkaitan pembayaran semula hutang atau pakej penyelesaian 1MDB.

Perkara ini dibangkitkan dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) , yang memetik laporan media antarabangsa termasuk The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, menafikan dakwaan tersebut secara tegas di Dewan Rakyat.

“Saya menafikan tuduhan terbabit,” katanya ringkas ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq.

Isu Jho Low kembali hangat selepas spekulasi bahawa beliau mungkin menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-250 AS pada 4 Julai lalu. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author