Connect with us

Terkini

Network School Forest City: Pejabat ADUN Kota Iskandar rujuk pihak berkuasa

Published

on

Foto: Pegawai kepada ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.
  • Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar sedang mendapatkan penjelasan pihak berkuasa berhubung dakwaan berkaitan operasi Network School di Forest City, termasuk isu penglibatan pempengaruh yang dikaitkan dengan Israel dalam mempromosikan komuniti berkenaan.
  • “Kami baru sahaja menerima berita berkenaan dan sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa. Sekiranya perkara itu benar dan melanggar dasar kerajaan, sudah tentu kami tidak bersetuju dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” jawapan balas pegawai kepada ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad  menerusi mesej WhatsApp kepada wartawan The Merdeka Times.

ISKANDAR PUTERI – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar sedang mendapatkan penjelasan pihak berkuasa berhubung dakwaan berkaitan operasi Network School di Forest City, termasuk isu penglibatan pempengaruh yang dikaitkan dengan Israel dalam mempromosikan komuniti berkenaan.

Pegawai kepada ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata pihaknya baru menerima maklumat mengenai perkara tersebut dan sedang meneliti kesahihannya.

“Kami baru sahaja menerima berita berkenaan dan sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa. Sekiranya perkara itu benar dan melanggar dasar kerajaan, sudah tentu kami tidak bersetuju dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada wartawan The Merdeka Times.

Beliau turut memaklumkan bahawa pertanyaan serta permintaan mendapatkan pendirian berhubung isu itu akan dipanjangkan kepada Pandak.

Pandak merupakan ADUN bagi kawasan Kota Iskandar, yang turut merangkumi Forest City, lokasi Network School beroperasi.

Network School sebelum ini menjadi perhatian selepas beberapa pempengaruh antarabangsa, termasuk Nas Daily, Nomad Tev dan Dylan Page, menghasilkan kandungan berkaitan komuniti teknologi tersebut.

Kontroversi itu turut mencetuskan desakan supaya pihak berkuasa menjelaskan status operasi, latar belakang peserta, pematuhan undang-undang imigresen serta samada aktiviti komuniti berkenaan selaras dengan dasar kerajaan Malaysia.– The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author