Connect with us

Terkini

Tiada arahan halang MB Johor masuk Felda – PM Anwar

Published

on

Foto:
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Persekutuan hanya memberikan tumpuan kepada pelaksanaan projek di bawah bidang kuasa sedia ada di tanah rancangan berkenaan.
  • “Arahan (halang) tak ada. Arahan (adalah) Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan (manakala) negeri, dia buat kerja negerilah. Apa nak riuh-riuh, buat apa,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil di sini hari ini.
  • Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Menteri Besar Johor itu yang mendakwa beliau dihalang daripada memasuki kawasan FELDA.

DENGKIL — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud arahan bagi menghalang Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Persekutuan hanya memberikan tumpuan kepada pelaksanaan projek di bawah bidang kuasa sedia ada di tanah rancangan berkenaan.

“Arahan (halang) tak ada. Arahan (adalah) Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan (manakala) negeri, dia buat kerja negerilah. Apa nak riuh-riuh, buat apa,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil di sini hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Menteri Besar Johor itu yang mendakwa beliau dihalang daripada memasuki kawasan FELDA.

Sebelum ini, Onn Hafiz mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan FELDA bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author