Connect with us

Terkini

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam semalam, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh hari ini (Isnin).
  • “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam semalam, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh hari ini (Isnin).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author