Connect with us

Terkini

Lupakan persengketaan – Akmal sambut cadangan muzakarah UMNO-PAS

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • “Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa dan tanah air. Selagi kita saling bergaduh, kutuk sesama sendiri maka tidak akan tercapai penyatuannya,” – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
  • Muhamad Akmal Saleh memuat naik kenyataan tersebut bersama keratan akhbar yang memetik cadangan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang agar PAS dan UMNO kembali bermuzakarah bagi mencari titik perpaduan berlandaskan Islam.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru agar persengketaan politik antara parti-parti Melayu-Islam dihentikan demi penyatuan umat, agama dan negara.

Beliau berkata, usaha mencapai perpaduan tidak akan berhasil sekiranya pihak terlibat terus berbalah dan saling menyerang antara satu sama lain.

“Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa dan tanah air.

“Selagi kita saling bergaduh, kutuk sesama sendiri maka tidak akan tercapai penyatuannya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Muhamad Akmal Saleh memuat naik kenyataan tersebut bersama keratan akhbar yang memetik cadangan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang agar PAS dan UMNO kembali bermuzakarah bagi mencari titik perpaduan berlandaskan Islam.

Sebelum ini, Abdul Hadi Awang dilaporkan mencadangkan supaya semangat muzakarah dihidupkan semula sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut perpaduan antara kedua-dua parti Melayu-Islam tersebut.

Menurut beliau, perpaduan yang ingin dibina perlu berasaskan pendekatan yang ditunjukkan Rasulullah SAW iaitu penyatuan melalui Islam dan nilai kemanusiaan sebelum membentuk masyarakat majmuk yang adil.

Beliau berkata, usaha itu juga selaras dengan tuntutan al-Quran menerusi Surah Ali ‘Imran yang menyeru umat Islam supaya berpegang teguh kepada “tali Allah” dan menjauhi perpecahan.

Bagi merapatkan jurang perbezaan pandangan, Abdul Hadi Awang turut mencadangkan pelantikan pihak ketiga terdiri daripada mufti atau ilmuwan Islam sebagai perantara untuk mengkaji ketetapan Allah secara ikhlas dan amanah.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author