Connect with us

Terkini

“Kami produk sistem nasional, Tetap fasih bahasa Cina tanpa UEC” – Apek Cina

Published

on

Foto: Peguam , Zee How Tai (Apek Cina).
  • “Saya dan ramai lagi anak Malaysia kaum Tiong Hwa adalah graduan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tiada kena-mengena dengan kami.” – Peguam , Zee How Tai (Apek Cina)
  • Menurut beliau, tindakan memilih sistem sekolah kebangsaan tidak bermakna mereka meminggirkan identiti dan bahasa asal mereka sebaliknya mereka tetap mempertahankan hak bahasa ibunda melalui saluran pendidikan rasmi negara.
  • “Kami mempertahankan hak ibunda kami dengan ambil Bahasa Cina di peringkat SPM di SMK. Kami boleh cakap Bahasa Cina, tulis, baca, serta tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka dari China, Taiwan, serta lebih fasih daripada mereka dari Hong Kong dan Macao,” tegas beliau.

KUALA LUMPUR – “Saya dan ramai lagi anak Malaysia kaum Tiong Hwa adalah graduan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tiada kena-mengena dengan kami.”

Demikian luahan peguam juga pempengaruh media sosial, Zee How Tai, dalam memperjelaskan pendiriannya berhubung isu pengiktirafan UEC yang kembali hangat diperdebatkan.

Menerusi akaun Facebook ‘Ulasan Apek Cina’, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan merupakan satu perkara baharu, sebaliknya telah pernah ditulis oleh beliau sejak 10 tahun sebelum ini.

“Saya tulis sekali lagi,” katanya bagi menegaskan semula hakikat bahawa majoriti masyarakat Tiong Hwa yang melalui sistem pendidikan arus perdana tidak terlibat dengan persijilan persendirian berkenaan.

Menurut beliau, tindakan memilih sistem sekolah kebangsaan tidak bermakna mereka meminggirkan identiti dan bahasa asal mereka sebaliknya mereka tetap mempertahankan hak bahasa ibunda melalui saluran pendidikan rasmi negara.

“Kami mempertahankan hak ibunda kami dengan ambil Bahasa Cina di peringkat SPM di SMK. Kami boleh cakap Bahasa Cina, tulis, baca, serta tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka dari China, Taiwan, serta lebih fasih daripada mereka dari Hong Kong dan Macao,” tegas beliau.

Susulan kritikan hebat masyarakat yang sering timbul ekoran tuntutan pengiktirafan sijil terbabit, Zee How meminta orang ramai agar tidak menyamaratakan atau menyalahkan seluruh komuniti Cina di negara ini.

“Kalau nak marah mereka yang nak iktiraf UEC, jangan masukkan golongan kami ni. Terima kasih,” ujarnya dalam hantaran tersebut. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author