Connect with us

Terkini

Guru SJKC dedah ramai murid Melayu ketinggalan, Saran ibu bapa pilih sekolah kebangsaan

Published

on

Foto: Tangkap hantaran seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di aplikasi Threads.
  • Seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mendedahkan realiti pahit apabila majoriti murid Melayu di sekolahnya mencatatkan markah yang rendah bagi subjek seperti Bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
  • Menurut guru berkenaan, kegagalan tersebut berpunca daripada proses pembelajaran dan pengajaran bagi subjek-subjek terbabit yang sepenuhnya menggunakan bahasa serta tulisan Cina, kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam (PAI).
  • “Tidak ada guna menghantar anak ke SJKC tetapi tidak pernah mengambil tahu tentang kerja sekolah anak. Adakah mak bapak okey melihat keputusan anak-anak yang teruk dari darjah satu sampai darjah enam? Macam mana hendak memohon ke sekolah menengah yang bagus kalau keputusan peperiksaan teruk? Kehadiran mereka hanya sekadar buat penuh SJKC sahaja,” katanya.

KUALA LUMPUR – Sikap segelintir ibu bapa yang didakwa ‘lepas tangan’ selepas menghantar anak ke sekolah aliran Cina menimbulkan masalah apabila ramai murid Melayu dilaporkan ketinggalan. 

Menerusi satu hantaran seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di aplikasi Threads, beliau mendedahkan realiti pahit apabila majoriti murid Melayu di sekolahnya mencatatkan markah yang rendah bagi subjek seperti Bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 

Menurut guru berkenaan, kegagalan tersebut berpunca daripada proses pembelajaran dan pengajaran bagi subjek-subjek terbabit yang sepenuhnya menggunakan bahasa serta tulisan Cina, kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam (PAI).

“Tidak ada guna menghantar anak ke SJKC tetapi tidak pernah mengambil tahu tentang kerja sekolah anak. 

“Adakah mak bapak okey melihat keputusan anak-anak yang teruk dari darjah satu sampai darjah enam? Macam mana hendak memohon ke sekolah menengah yang bagus kalau keputusan peperiksaan teruk? Kehadiran mereka hanya sekadar buat penuh SJKC sahaja,” katanya.

Guru itu turut mengingatkan bahawa guru-guru bahasa Cina di aliran tersebut bergerak pantas mengikut silibus dan tidak akan memperlahankan momentum pengajaran semata-mata untuk menunggu murid yang ketinggalan. 

Beliau menambah, kualiti pengajaran guru di SJKC adalah sama sahaja dengan sekolah kebangsaan (SK) malah prestasi akademik anak-anak tersebut diyakini mampu melonjak jauh lebih baik sekiranya mereka dimasukkan ke SK. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan ibu bapa agar tidak perlu memaksakan anak masuk ke SJKC, sebaliknya memadai dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen bahasa Cina di luar waktu persekolahan jika mahu menguasai bahasa ketiga itu.

Dalam pada itu, pandangan guru tersebut disokong oleh warganet yang berpendapat bahawa kejayaan seseorang murid itu bergantung kepada ibu bapa mereka.

Sekiranya ibu bapa itu bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya mengharapkan guru sepenuhnya, prestasi anak mereka tidak akan dapat dipertingkatkan, katanya.

“Hantarlah anak ke mana-mana pun (tetapi) kalau ibu bapa lepas tangan dan harapkan guru 100 peratus memang tidak akan ke mana-mana prestasi anaknya,” ulas pengguna berkenaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author