Connect with us

Terkini

Gereja Katolik benarkan perdagangan hamba selama berabad

Published

on

Foto: Pope Leo XIV.
  • Pope Leo XIV menyifatkan sejarah tersebut sebagai “luka dalam memori Kristian” dan menegaskan gereja tidak boleh memisahkan diri daripada tanggungjawab terhadap kesan sejarah itu.
  • Pada abad ke-15, Gereja Katolik memperkenalkan Doctrine of Discovery, iaitu doktrin yang memberi kuasa dan kebenaran kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah serta memperhambakan masyarakat bukan Kristian di Afrika dan benua Amerika.
  • Doktrin itu menjadi antara asas ideologi yang digunakan untuk membenarkan penjajahan, rampasan tanah, eksploitasi sumber serta perdagangan hamba berskala besar selama beberapa abad.

VATICAN – Gereja Katolik akhirnya memohon maaf atas tindakan pope terdahulu yang pernah membenarkan perdagangan hamba, satu sejarah hitam yang telah lama dikritik oleh masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia.

Pope Leo XIV menyifatkan sejarah tersebut sebagai “luka dalam memori Kristian” dan menegaskan bahawa gereja tidak boleh memisahkan diri daripada tanggungjawab terhadap kesan sejarah itu.

“Ini adalah luka dalam memori Kristian, yang mana kita tidak boleh menganggap diri kita terpisah daripadanya,” katanya yang dipetik AJ+

Pada abad ke-15, Gereja Katolik memperkenalkan Doctrine of Discovery, iaitu doktrin yang memberi kuasa dan kebenaran kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah serta memperhambakan masyarakat bukan Kristian di Afrika dan benua Amerika.

Doktrin itu menjadi antara asas ideologi yang digunakan untuk membenarkan penjajahan, rampasan tanah, eksploitasi sumber serta perdagangan hamba berskala besar selama beberapa abad.

Sejarawan menyatakan bahawa jutaan rakyat Afrika menjadi mangsa perdagangan hamba trans-atlantik, dengan ramai dipaksa bekerja dalam keadaan tidak berperikemanusiaan di benua Amerika dan Caribbean.

Walaupun tekanan antarabangsa dan kritikan terhadap doktrin tersebut telah lama wujud, Gereja Katolik hanya secara rasmi mengecam Doctrine of Discovery pada tahun 2023.

Permohonan maaf terbaru ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha gereja mengakui peranan sejarahnya dalam sistem penjajahan dan perhambaan yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat dunia sehingga hari ini. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author