Connect with us

Terkini

Diploma Wartawan berasaskan pengalaman bakal dilaksana – MPI

Published

on

  • Pembangunan program Diploma Wartawan berasaskan akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) bakal dilaksana bagi memberi peluang kepada pengamal media mendapatkan pengiktirafan akademik formal berdasarkan pengalaman kerja dan kepakaran sedia ada.
  • Inisiatif tersebut menjadi fokus utama dalam satu sesi perbincangan strategik membabitkan Malaysian Press Institute (MPI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE) yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
  • “Pendekatan ini bukan sahaja membuka ruang kepada pembangunan kerjaya dan peningkatan kompetensi pengamal media, malah mengangkat nilai pengalaman luas mereka di lapangan ke dalam bentuk nilai akademik yang signifikan,” jelas institut kewartawanan tersebut.

KUALA LUMPUR – Pembangunan program Diploma Wartawan berasaskan akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) bakal dilaksana bagi memberi peluang kepada pengamal media mendapatkan pengiktirafan akademik formal berdasarkan pengalaman kerja dan kepakaran sedia ada.

Inisiatif tersebut menjadi fokus utama dalam satu sesi perbincangan strategik membabitkan Malaysian Press Institute (MPI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE) yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA) JPT, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Erfy Ismail.

MPI dalam satu hantaran di media sosial memberitahu, program diploma yang nama rasminya akan dimuktamadkan kemudian itu juga dilihat mampu memperkukuh profesionalisme pengamal media di negara ini di samping mengiktiraf pengalaman industri sebagai sebahagian daripada laluan pendidikan tinggi rasmi negara.

“Kita memerlukan satu sistem pendidikan berteraskan kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi (IPT), industri media, serta agensi kelayakan perlu diwujudkan bagi menjamin diploma berkenaan diiktiraf sepenuhnya oleh badan pendidikan negara.

“Pendekatan ini bukan sahaja membuka ruang kepada pembangunan kerjaya dan peningkatan kompetensi pengamal media, malah mengangkat nilai pengalaman luas mereka di lapangan ke dalam bentuk nilai akademik yang signifikan,” jelas institut kewartawanan tersebut.

Lebih-lebih lagi tambahnya, dalam era media digital serta transformasi teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat, kerjasama erat antara pihak akademia dan pemain industri menjadi satu keperluan kritikal. 

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi melahirkan wartawan dan pengamal media yang lebih kompeten, beretika, berkemahiran tinggi, serta sentiasa relevan dalam memenuhi tuntutan semasa industri media tanah air. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author

Teruskan Membaca