Connect with us

Terkini

Agong berkenan kurnia 100 lembu bagi ibadah korban

Published

on

Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
  • Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara, hari ini.
  • Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.
  • Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan ibadah korban sunat peribadi bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara, hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Sementara itu, Munir menerusi doanya memohon ibadah itu diterima Allah SWT dan semoga Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author