Connect with us

Terkini

Trump jangka lakar “perjanjian hebat” dengan Iran, tidak mungkin lanjut gencatan senjata

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump.
  • “Saya rasa mereka tidak mempunyai pilihan,” kata Presiden AS, Donald Trump kepada CNBC dalam satu temu bual, lapor Xinhua.
  • “Secara jujurnya, tindakan kami menyingkirkan pemimpin mereka telah merumitkan keadaan dalam satu aspek, namun barisan kepimpinan yang ada sekarang jauh lebih rasional,” katanya.

WASHINGTON – Presiden AS, Donald Trump semalam berkata, beliau menjangkakan Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan “berakhir dengan perjanjian yang hebat”, sambil menambah bahawa beliau tidak menjangkakan untuk melanjutkan gencatan senjata yang dijadualkan tamat pada Rabu ini.

“Saya rasa mereka tidak mempunyai pilihan,” kata Trump kepada CNBC dalam satu temu bual, lapor Xinhua.

“Secara jujurnya, tindakan kami menyingkirkan pemimpin mereka telah merumitkan keadaan dalam satu aspek, namun barisan kepimpinan yang ada sekarang jauh lebih rasional.”

Ditanya sama ada beliau akan melanjutkan gencatan senjata untuk memberi masa untuk rundingan damai, Trump berkata, “Saya tidak mahu berbuat demikian.” – BERNAMA-XINHUA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author