Terkini
Remaja dalam fasa ‘storming and stress’ mudah terikut kandungan LGBT – Pakar psikologi
- Pakar psikologi, Abdul Rashid Mohamad berkata, dari sudut psikologi, remaja berada dalam fasa perkembangan dikenali sebagai storming and stress, menjadikan emosi serta tindakan mereka lebih sukar diramal dan cenderung bersifat impulsif.
- “Seorang remaja yang menonton video ini akan lebih mudah terpengaruh dan menerima hujah yang disampaikan berbanding orang dewasa yang sudah mempunyai kestabilan emosi dan sifat rasional.
- “Seorang remaja yang menonton video ini akan lebih mudah terpengaruh dan menerima hujah yang disampaikan berbanding orang dewasa yang sudah mempunyai kestabilan emosi dan sifat rasional.
KUALA LUMPUR – Golongan remaja dikenal pasti sebagai paling berisiko terpengaruh dengan kandungan video kontroversi tular berkaitan isu jantina dan seksualiti oleh individu diikenali ‘sarjana queer Muslim’.
Pakar psikologi, Abdul Rashid Mohamad berkata, dari sudut psikologi, remaja berada dalam fasa perkembangan yang dikenali sebagai storming and stress, menjadikan emosi serta tindakan mereka lebih sukar diramal dan cenderung bersifat impulsif.
“Seorang remaja yang menonton video ini akan lebih mudah terpengaruh dan menerima hujah yang disampaikan berbanding orang dewasa yang sudah mempunyai kestabilan emosi dan sifat rasional,” katanya kepada The Merdeka Times.
Beliau turut menjelaskan bahawa sifat ingin tahu yang tinggi dalam kalangan remaja boleh menyebabkan mereka mudah menerima sesuatu perkara tanpa penilaian yang mendalam.
Menurut beliau, pendedahan kepada kandungan yang menjelaskan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh memberi kesan terhadap cara pemikiran remaja, khususnya jika mereka sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
“Mungkin selama ini mereka tidak tahu apa itu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun apabila menonton video yang memberikan penerangan sedemikian, saya pasti ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara mereka berfikir,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menekankan peranan penting ibu bapa, guru serta golongan dewasa dalam memantau penggunaan teknologi digital oleh golongan muda.
“Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru dan golongan dewasa untuk memerhati serta memastikan penggunaan teknologi digital ini memberi kebaikan, bukannya menjadi punca anak-anak terikut-ikut dengan ideologi yang mencabar nilai pegangan mereka.
“Kita perlu berwaspada melihat perkembangan diri remaja kerana tidak semua perkara yang mereka lakukan itu betul,” katanya.
Kenyataan itu susulan penularan video oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘sarjana queer Muslim’, yang menggesa umat Islam menilai semula pemahaman terhadap konsep jantina dan seksualiti mengikut konteks semasa. – The Merdeka Times