Connect with us

Terkini

Pejuang Palestin serang hendap militia pengkhianat di selatan Gaza

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan pejuang menyasarkan sebuah kenderaan milik militia tersebut sehingga terbakar, sebelum tentera penjajah Israel campur tangan bagi membantu mereka.
  • Militia yang disokong Israel telah menyusup masuk ke pusat bandar Khan Younis pada petang semalam, sebelum diserang hendap oleh pasukan pejuang.

Pasukan keselamatan pejuang Palestin dilaporkan telah melancarkan serangan hendap terhadap kumpulan militia pengkhianat yang disokong Israel di Khan Younis, selatan Gaza, mengakibatkan beberapa anggotanya terbunuh dan cedera.

Sumber tempatan yang dipetik Quds Network memaklumkan bahawa pasukan pejuang menyasarkan sebuah kenderaan milik militia tersebut sehingga terbakar, sebelum tentera penjajah Israel campur tangan bagi membantu mereka.

Militia yang disokong Israel telah menyusup masuk ke pusat bandar Khan Younis pada petang semalam, sebelum diserang hendap oleh pasukan pejuang..

Saksi memberitahu Quds Network bahawa tiga kenderaan yang membawa individu yang bekerjasama dengan tentera penjajah Israel, yang merupakan anggota militia disokong Israel, bergerak menuju ke bulatan Abu Hamid sebelum pasukan pejuang menyasarkan secara langsung salah satu daripadanya dengan peluru, mencetuskan letupan yang menyebabkan kenderaan itu terbakar serta mengakibatkan ramai anggota militia terbunuh dan cedera.

Sumber menyatakan bahawa anggota militia cuba memperdaya orang awam selepas menyusup masuk ke kawasan berkenaan. 

Pasukan keselamatan pejuang kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan hendap yang diselaraskan rapi, sehingga tercetus pertempuran sengit.

Sumber turut menambah bahawa dron Israel mencampur tangan dengan melepaskan tembakan ke arah pejuang bagi memastikan pengunduran milisia tersebut.

Pasukan keselamatan pejuang di Gaza yang dikenali sebagai Radi’ menyiarkan mesej di Telegram selepas insiden itu: “Seperti yang kami katakan kepada kamu, Israel tidak akan melindungi kamu”. – Dunia Palestin

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author