Connect with us

Terkini

Individu mengaku ‘sarjana queer Muslim’ seru umat Islam nilai semula konsep jantina & seksualiti

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Menerusi satu hantaran video di Instagram, individu dengan nama Azfar Anwar itu berkata, Islam agama kedamaian dan  mementingkan kepelbagaian, keadilan, dan kesamarataan selain menegaskan sikap prejudis, kebencian terhadap wanita dan kezaliman tidak boleh dibiarkan mewakili Islam.
  • “Justeru, kita perlu mengontekstualisasikan masa lalu ini, sama seperti yang telah kita lakukan terhadap jihad.
  • “Metodologi sama kita gunakan untuk jihad mestilah digunakan secara konsisten terhadap ayat-ayat al-Quran dan pemahaman pra-moden mengenai jantina serta seksualiti. Ini kerana, sama seperti jihad, ia tidak lagi terpakai dalam konteks dan sensitiviti kita pada masa ini,” katanya yang difahamkan berasal dari Singapura.

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘sarjana queer Muslim’ telah mencetuskan kontroversi apabila menyeru umat Islam untuk menilai semula atau ‘mengkontekstualisasikan’ pemahaman terhadap konsep jantina dan seksualiti sepertimana dilakukan terhadap konsep jihad.

Menerusi satu hantaran video di Instagram baru-baru ini, individu dengan nama Azfar Anwar itu berkata, Islam adalah agama kedamaian dan  juga agama yang mementingkan kepelbagaian, keadilan, dan kesamarataan selain menegaskan bahawa sikap prejudis (bigotry), kebencian terhadap wanita (misogyny) dan kezaliman tidak boleh dibiarkan mewakili Islam.

Individu itu turut menekankan bahawa realiti zaman ini yang mengutamakan kesamarataan jantina, keizinan seksual (consent), dan kebebasan menuntut umat Islam untuk menilai semula konsep kesopanan, privasi, serta maruah mengikut kesesuaian semasa. 

“Justeru, kita perlu mengontekstualisasikan masa lalu ini, sama seperti yang telah kita lakukan terhadap jihad,” katanya yang difahamkan berasal dari Singapura.

Azfar berkata, ‘skrip’ menolak perbuatan keganasan daripada dikaitkan dengan Islam terutama selepas peristiwa 9/11 tidak seharusnya terhenti pada isu jihad. 

Dia berkata, Islam yang menjangkau usia lebih 1,400 tahun merangkumi kepelbagaian budaya, realiti, dan sensitiviti yang berbeza, sekali gus menjadikannya sebuah tradisi hidup yang sentiasa melibatkan proses rundingan.

“Sebagai sebuah komuniti, kita perlu berjuang untuk menentukan apa yang sepatutnya diwakili oleh Islam. Jadi, apabila ISIS dan sekutu mereka ‘mengambil’ konsep jihad, kita menentangnya. Apabila mereka memetik kata-kata Nabi Muhammad dan sarjana klasik kita untuk menghalalkan pandangan mereka, kita menentangnya sekali lagi. Keganasan tidak mewakili Islam. 

“Oleh itu, usaha komuniti yang sama, kesegeraan yang sama, dan metodologi yang sama yang kita gunakan untuk jihad mestilah juga digunakan secara konsisten terhadap ayat-ayat al-Quran dan pemahaman pra-moden mengenai jantina serta seksualiti. Ini kerana, sama seperti jihad, ia tidak lagi terpakai dalam konteks dan sensitiviti kita pada masa ini,” dakwanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author