Connect with us

Terkini

UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason

Published

on

Foto: Universiti Malaya (UM).
  • Dalam satu kenyataan media hari ini, Universiti Malaya memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum mengenai isu berkenaan yang sedang hangat diperkatakan.
  • “UM telah memulakan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan tersebut.
  • Sehubungan itu, UM meminta orang ramai supaya memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan universiti itu sebagai pengikut Freemason.

Dalam satu kenyataan media hari ini, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum mengenai isu berkenaan yang sedang hangat diperkatakan.

Justeru, satu siasatan dalaman telah dimulakan.

“UM telah memulakan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, UM meminta orang ramai supaya memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan.

UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author