Connect with us

Terkini

Teruskan perjuangan bantah rumah ibadat haram – Zamri Vinoth

Published

on

Foto: Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth (kiri) dan Pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).

KUALA LUMPUR – Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth menegaskan perjuangan menentang kewujudan rumah ibadat haram perlu diteruskan dengan berlandaskan undang-undang serta melalui saluran yang sah.

“Sama-sama kita (seluruh rakyat Malaysia) buat perubahan kepada negara.

“Dan marilah kita bersama-sama menghasut rakyat supaya mengikuti undang-undang yang sedia ada. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan selepas dibebaskan daripada tahanan polis berhubung Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Zamri, menzahirkan penghargaan terhadap layanan profesional yang diterima daripada pihak polis.

“Alhamdulillah, semua layanan-layanan yang diterima sangat bagus daripada pihak polis. 

“Pegawai yang menangkap saya sangat profesional dan saya sangat berpuas hati dengan beliau serta pegawai-pegawai lain yang terlibat,” jelasnya.

Mengulas langkah seterusnya, beliau memohon orang ramai agar bersabar kerana pihaknya memerlukan masa untuk menilai perkembangan terkini selepas berada dalam tahanan sebelum ini.

“Kami tidak mengetahui perkembangan di luar sepanjang tempoh tersebut. 

“Jadi kami perlukan masa untuk berbincang dengan pihak peguam serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sebelum mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahari yang turut ditahan memaklumkan pengalaman berada dalam tahanan telah memberi perspektif baharu terhadap makna perjuangan sebenar.

Menurut beliau, walaupun tidak aktif menyertai perhimpunan sebelum ini dan lebih selesa bergerak di belakang tabir, liputan meluas terhadap isu yang diperjuangkan mendorong beliau tampil bersama NGO-NGO lain.

“Saya orang pertama yang dibawa ketika berada di Masjid Kampung Baru sebelum sempat sampai ke lokasi perhimpunan. 

“Sepanjang dua hari dalam tahanan, saya banyak belajar bahawa perjuangan sebenar diuji ketika seseorang berada dalam kesukaran. Jadi, (ketika) saya dalam sel (tahanan) itu banyak saya belajar walaupun berseorangan,” katanya.

Beliau menegaskan pengalaman tersebut tidak melemahkan semangat, sebaliknya mengukuhkan iltizam untuk terus memperjuangkan isu berkaitan kepentingan tanah dan undang-undang negara. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author