Terkini
Menentang rumah ibadat haram: Perjuangan daulatkan undang-undang – Mufti Perlis
- Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira latar belakang agama, kaum atau kepercayaan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
- “Perjuangan menentang rumah ibadat yang dibina secara haram adalah perjuangan menegakkan kedaulatan undang-undang.
- “Mempertahankan rumah ibadat haram bererti mempertahankan pencerobohan,” katanya.
KUALA LUMPUR – Perjuangan menentang pembinaan rumah ibadat yang dibina secara haram adalah usaha memelihara kedaulatan undang-undang dan tidak seharusnya dipolitikkan atau disalah tafsir sebagai tindakan bermotifkan kebencian agama.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira latar belakang agama, kaum atau kepercayaan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Perjuangan menentang rumah ibadat yang dibina secara haram adalah perjuangan menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Mempertahankan rumah ibadat haram bererti mempertahankan pencerobohan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut Mohd. Asri, kegagalan bertindak terhadap pembinaan haram boleh membuka ruang kepada pengabaian undang-undang secara berleluasa.
Dalam pada itu, rata-rata orang ramai juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan beliau di ruangan komen.
Seorang pengguna media sosial, Abu Talhah bersyukur kerana masih terdapat mufti yang mahu bersuara mengenai isu tersebut dan menegakkan kebenaran.
“Alhamdulillah ada pun mufti yang bersuara dari ramainya mufti-mufti. Terima kasih banyak Datuk sentiasa berani pertahankan kebenaran,” tulisnya.
Azizah Hasan pula menyatakan adalah lebih baik berkata benar walaupun ia pahit untuk ditelan.
Pandangan sama turut dilontarkan Mohamad Amin yang menyokong demi menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, Hafiz Hassan berkata pemerintah atau pihak berautotiti yang tidak amanah adalah lebih hina daripada penceroboh kerana membiarkan isu tersebut berleluasa.
“Pemerintah dan pihak berautoriti yang tidak amanah menjalankan tugas lebih hina daripada penceroboh, kerana mereka yang membuka pintu kepada kezaliman dengan membiarkan pelanggaran undang-undang berlaku atas nama toleransi palsu, kepentingan politik, atau ketakutan sendiri dan mereka juga mesti dipertanggungjawabkan tanpa pilih kasih,” ujarnya. – The Merdeka Times.