Connect with us

Terkini

Arun Dorasamy bukan peguam

Published

on

Foto: Arumugam a/l Dorasamy
  • “Memanglah tiada peguam nama ‘Arun Dorasamy’. Sebab itu bukan nama dia pun. Kalau nak periksa, guna nama betul dia, iaitu Arumugam a/l Dorasamy.,” – Peguam, Dr. Shamsher Singh Thind
  • “Tapi tak perlu periksa pun, sebab saya dah lama periksa. Ini keputusan daripada Malaysian Bar Council, Arumugam a/l Dorasamy ialah bukan Peguam. Kalau dia dianggap sebagai peguam, maka dia hanyalah peguam haram!”

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam Malaysia (Bar Council Malaysia) telah mengesahkan bahawa aktivis,  Arun Dorasamy bukan seorang peguam yang berdaftar.

Perkara itu dikongsikan Peguam, Dr Shamsher Singh Thind dalam satu hantaran di Facebooknya dengan memuat naik gambar memaparkan surat pengesahan oleh Bar Council Malaysia.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook DR. SHAMSHER SINGH THIND

Dr Shamsher berkata keputusan daripada Bar Council Malaysia menetapkan Arumugam a/l Dorasamy adalah bukan Peguam.

“Memanglah tiada peguam nama ‘Arun Dorasamy’. Sebab itu bukan nama dia pun. Kalau nak periksa, guna nama betul dia, iaitu Arumugam a/l Dorasamy.

“Tapi tak perlu periksa pun, sebab saya dah lama periksa. Ini keputusan daripada Malaysian Bar Council, Arumugam a/l Dorasamy ialah bukan Peguam. Kalau dia dianggap sebagai peguam, maka dia hanyalah peguam haram!” katanya.

Dalam surat tersebut, Majlis Peguam Malaysia mengesahkan bahawa seorang individu bernama Arumugam a/l Dorasamy bukan seorang peguam berdaftar dan tidak pernah diiktiraf sebagai advokat dan peguam cara di bawah Bar Council Malaysia.

Pengesahan itu dibuat menerusi sepucuk surat rasmi bertarikh 27 Disember 2023 yang dikeluarkan Jabatan Keahlian Majlis Peguam Malaysia, hasil semakan terhadap borang carian yang dikemukakan kepada pihak berkenaan.

Menurut surat tersebut, semakan rekod mendapati nama Arumugam a/l Dorasamy tidak tersenarai sebagai ahli berdaftar Bar Malaysia, sekali gus menafikan sebarang dakwaan bahawa individu terbabit mempunyai kelayakan atau autoriti untuk menjalankan amalan guaman di negara ini.

Surat pengesahan berkenaan telah ditandatangani Norida Binti Ahmad, Pegawai Jabatan Keahlian Majlis Peguam Malaysia, dan dikemukakan kepada sebuah firma guaman di Kuala Lumpur bagi tujuan rujukan serta rekod rasmi. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author