Connect with us

Terkini

Zaid Ibrahim kecam soalan FMT samakan ‘apartheid Israel’ dengan layanan Melayu-Cina

Published

on

Foto: Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.
  • Menerusi hantaran di Facebook, Zaid memaklumkan forum tersebut menampilkan tokoh aktivis politik Britain, George Galloway yang menurutnya telah berucap dengan sangat baik mengenai isu penjajahan Israel terhadap Gaza.
  • Namun, ketika sesi soal jawab, seorang wartawan daripada portal berita Free Malaysia Today (FMT) didakwa bertanya samada dasar apartheid serta diskriminasi Israel terhadap rakyat Palestin menyerupai cara orang Melayu melayan masyarakat Cina di Malaysia.
  • “Saya berharap pemilik Media Prima membuat semakan serius terhadap kualiti wartawan atau wakil yang mereka gunakan. Jangan memalukan negara,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengkritik tindakan seorang wakil media yang didakwa mengemukakan soalan berbaur perbandingan sensitif ketika sebuah forum awam membincangkan penjajahan Zionis di Gaza.

Menerusi hantaran di Facebook, Zaid memaklumkan forum tersebut menampilkan tokoh aktivis politik Britain, George Galloway yang menurutnya telah berucap dengan sangat baik mengenai isu penjajahan Israel terhadap Gaza.

Namun, katanya, ketika sesi soal jawab, seorang wartawan daripada portal berita Free Malaysia Today (FMT) didakwa bertanya samada dasar apartheid serta diskriminasi Israel terhadap rakyat Palestin menyerupai cara orang Melayu melayan masyarakat Cina di Malaysia.

Zaid menyifatkan soalan itu sebagai keterlaluan dan memuji reaksi Galloway yang didakwa terus membidas pertanyaan tersebut.

Beliau turut mempertikaikan tindakan pengerusi forum yang mewakili sebuah institusi Islam apabila didakwa memberi peluang kedua kepada individu berkenaan untuk menjelaskan pandangannya.

“Saya berharap pemilik Media Prima membuat semakan serius terhadap kualiti wartawan atau wakil yang mereka gunakan. Jangan memalukan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Zaid turut mendakwa menerima maklumat daripada “sumber yang boleh dipercayai” bahawa FMT telah memutuskan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangannya yang terlibat.

Beliau menekankan bahawa FMT sebagai portal berita perlu memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author