Connect with us

Terkini

‘Usah sekadar iktiraf UEC atas tekanan politik, sentimen’ – Penganalisis

Published

on

Foto: Pengarah Utama, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Amir Akramin Shafie.
  • Pengarah Utama, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UIAM, Prof. Dr. Amir Akramin Shafie berkata, kerajaan perlu kekal konsisten bahawa sebarang pengiktirafan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya UEC benar-benar sejajar dengan kerangka pendidikan nasional.
  • “UEC perlu melalui proses penyeragaman nasional yang telus melibatkan kandungan teras seperti bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Sivik dan penilaian berasaskan standard kebangsaan, bukan sekadar diiktiraf atas tekanan politik atau sentimen.
  • “Isu UEC bukan soal menolak kepelbagaian, tetapi soal kedaulatan sistem pendidikan nasional,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu melalui proses penyeragaman nasional yang telus bukan sekadar diiktiraf atas tekanan politik atau sentimen.

Pengarah Utama, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Amir Akramin Shafie berkata, kerajaan perlu kekal konsisten bahawa sebarang pengiktirafan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya UEC benar-benar sejajar dengan kerangka pendidikan nasional.

“UEC perlu melalui proses penyeragaman nasional yang telus melibatkan kandungan teras seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Sivik dan penilaian berasaskan standard kebangsaan, bukan sekadar diiktiraf atas tekanan politik atau sentimen.

“UEC hanya boleh dipertimbangkan jika ia benar-benar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Perlembagaan, dan keperluan perpaduan nasional,” katanya kepada The Merdeka Times.

Beliau juga meminta agar kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar.

Beliau berkata, dari sudut keadilan akademik dan kesaksamaan peluang, langkah tersebut berpotensi mewujudkan ketidakseimbangan serta boleh ditafsir sebagai layanan tidak adil terhadap pelajar aliran kebangsaan.

“Kalau lihat dari sudut keadilan akademik dan kesaksamaan peluang, ini jelas mewujudkan ketidakseimbangan. Malah boleh ditafsir sebagai layanan tidak adil terhadap pelajar aliran kebangsaan yang memikul beban kurikulum lebih berat.

“Pelajar UEC hanya perlu lulus bahasa Melayu dan Sejarah untuk masuk Universiti Awam, sedangkan pelajar kebangsaan diwajibkan ambil lebih banyak mata pelajaran,” tegasnya.

Prof. Dr. Amir Akramin memeritahu pengiktirafan tanpa penyeragaman hanya akan melemahkan ekosistem pendidikan negara.

“Pada pandangan saya, isu UEC bukan soal menolak kepelbagaian, tetapi soal kedaulatan sistem pendidikan nasional.

“Pengiktirafan tanpa penyeragaman hanya akan melemahkan ekosistem pendidikan dan merosakkan prinsip keadilan serta perpaduan jangka panjang,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author