Connect with us

Terkini

Titah Bahasa Melayu, Firdaus Wong dakwa China Press cuba cetus kebencian

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa akhbar berbahasa Cina, China Press telah menyiarkan tajuk yang didakwa memesongkan maksud titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukan Bahasa Melayu, sekali gus disifatkannya sebagai satu bentuk provokasi dan biadab terhadap institusi Raja.
  • “Apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia. Tetapi apa yang ditulis oleh China Press ialah, tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia.
  • “Jauh beza makna ayat tidak tahu & tidak terima. Thumbnail tajuk berita tulis tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia tetapi tajuk di dalam artikel pula, YDPA: Untuk iktiraf sistem pendidikan lain, mesti terima Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • “Provokasi apakah ini?,” soal beliau.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa akhbar berbahasa Cina, China Press telah menyiarkan tajuk yang didakwa memesongkan maksud titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukan Bahasa Melayu, sekali gus disifatkannya sebagai satu bentuk provokasi dan biadab terhadap institusi Raja.

“Apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia. Tetapi apa yang ditulis oleh China Press ialah, tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia.

“Jauh beza makna ayat tidak tahu & tidak terima. Thumbnail tajuk berita tulis tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia tetapi tajuk di dalam artikel pula, YDPA: Untuk iktiraf sistem pendidikan lain, mesti terima Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Provokasi apakah ini?,” soal beliau.

Beliau mendakwa situasi itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar media berkenaan dalam memilih perkataan dan tajuk yang sensitif.

Firdaus berkata, beliau tidak menerima alasan bahawa perkara itu sekadar tersilap terjemahan, malah mendakwa perbezaan maksud adalah terlalu jelas.

Menurut beliau, tindakan meletakkan tajuk yang didakwa menyeleweng menimbulkan persoalan terhadap mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca, memandangkan majoriti pembaca China Press terdiri daripada masyarakat Cina.

“Apa yang China Press mahu sampaikan kepada pembaca mereka yang majoriti adalah Cina? Mahu pembaca mengutuk & membenci YDPA?,” tanya beliau lagi.

Susulan itu, Firdaus menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap China Press dan menyuarakan kebimbangan bahawa ketiadaan tindakan akan memberi isyarat bahawa provokasi seumpama itu boleh diteruskan.

“Jika tiada tindakan tegas & keras ke atas China Press… saya risau kita sedang menghantar isyarat bahawa mereka boleh meneruskan provokasi sebegini,” katanya.

Malah, beliau turut menyeru agar China Press ditutup.

“TUTUP CHINA PRESS!” tegasnya.

Dalam masa sama, Firdaus turut mengajak orang ramai peka terhadap pihak politik yang menurutnya mungkin tampil mempertahankan tindakan China Press ini.

Firdaus turut memaklumkan bahawa China Press didakwa telah menukar tajuk ‘thumbnail’ tersebut selepas beliau mendedahkan perkara berkenaan kepada umum.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa perlu menukar tajuk jika pihak berkenaan benar-benar tidak bersalah.

“Jikalau tak bersalah, kenapa perlu tukar ‘thumbnail’?” katanya.

Firdaus memaklumkan beliau bercadang membuat laporan polis terhadap China Press pada petang itu di Balai Polis Damansara Utama. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author