Connect with us

Terkini

Saya masih Presiden Bersatu – Tan Sri Muhyiddin

Published

on

Foto: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
  • Muhyiddin menyeru seluruh ahli parti agar terus memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan serta menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti demi kelangsungan dan masa depan Bersatu.
  • Beliau turut menegaskan bahawa meskipun tidak lagi menerajui Perikatan Nasional (PN), Bersatu kekal sebagai rakan gabungan yang berprinsip, konsisten dan setia.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menepis sebarang spekulasi berhubung kedudukannya dalam Parti itu.

Muhyiddin menyeru seluruh ahli parti agar terus memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan serta menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti demi kelangsungan dan masa depan Bersatu.

“Sempena Tahun Baru ini, saya menyeru seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan dan menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa meskipun tidak lagi menerajui Perikatan Nasional (PN), Bersatu kekal sebagai rakan gabungan yang berprinsip, konsisten dan setia.

“Kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan,” jelasnya.

Menurut Muhyiddin, keutamaan utama parti ketika ini adalah memastikan kelangsungan, kekuatan serta hala tuju masa depan Bersatu dalam mendepani cabaran politik semasa.

Beliau menyifatkan keperluan untuk mengambil langkah berundur dalam keadaan tertentu bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya satu pendekatan strategik.

“Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menuntut seluruh ahli Bersatu agar terus kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author