Connect with us

Terkini

Pertembungan, perpecahan kuasa politik Melayu rencat pembangunan Melayu, cemar imej Islam

Published

on

Foto: Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.
  • Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memerlukan satu gabungan dan perpaduan Islam Melayu yang lebih luas serta inklusif.
  • “Pertembungan yang panjang dan perpecahan kuasa politik Melayu sudah cukup merencatkan pembangunan Melayu dan mencemarkan imej Islam yang sentiasa menyeru ke arah kesatuan dan perpaduan,” katanya.
  • Dalam masa sama, Dr. Khairuddin menegaskan bahawa perpaduan Islam Melayu tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada kaum dan agama lain, sebaliknya akan menjadi asas kestabilan politik negara yang inklusif.

KUALA LUMPUR – Jadikan 2026  tahun perpaduan Melayu Islam sebagai asas menyatukan kekuatan politik dan umat Melayu Islam demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memerlukan satu gabungan dan perpaduan Islam Melayu yang lebih luas serta inklusif.

“Saya ingin ulang lagi kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat Malaysia memerlukan gabungan dan perpaduan Islam Melayu yang lebih luas tidak terhad antara UMNO dan PAS sahaja atau PAS dan Bersatu sahaja. Ia perlu merangkumi semua pihak termasuk PKR dan Amanah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, pertembungan serta perpecahan kuasa politik Melayu selama ini bukan sahaja merencatkan pembangunan orang Melayu, malah mencemarkan imej Islam.

“Pertembungan yang panjang dan perpecahan kuasa politik Melayu sudah cukup merencatkan pembangunan Melayu dan mencemarkan imej Islam yang sentiasa menyeru ke arah kesatuan dan perpaduan,” katanya.

Dalam masa sama, Dr. Khairuddin menegaskan bahawa perpaduan Islam Melayu tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada kaum dan agama lain, sebaliknya akan menjadi asas kestabilan politik negara yang inklusif.

“Bukan Islam dan bukan Melayu akan bergerak seiring dengan naratif kesatuan Islam Melayu. Tiada agenda berlawanan dengan Islam Melayu dan bercanggah dengan perlembagaan yang akan dilontar dan dipromosi lagi oleh DAP dan mana-mana parti selain Melayu Islam,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan parti-parti politik Melayu agar mengambil iktibar daripada konflik dalaman yang berpunca daripada semangat sempit menentang sesama sendiri.

“Kemelut antara parti-parti Melayu yang bergabung atas semangat sempit menentang parti Melayu Islam lain sepatutnya sudah cukup dijadikan pengajaran dan sempadan. Jadikan 2026 adalah tahun Perpaduan Melayu Islam,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author