Connect with us

Terkini

Kaitkan Malaysia aparteid: Wartawan ‘minda terkepung’, ekstrim, rasis ancam keharmonian negara – MACSA

Published

on

Foto: Pengerusi MACSA, Datuk Lukman Sheriff Alias.
  • Pengerusi MACSA, Datuk Lukman Sheriff Alias menegaskan wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) memiliki pemikiran ‘minda terkepung’ bersifat ekstrem dan rasis.
  • Beliau mempersoalkan bagaimana seorang wartawan boleh mempunyai pandangan bahawa kaum bukan Melayu di Malaysia menerima layanan seperti rakyat Palestin.
  • Beliau memberi amaran bahawa wartawan yang berpegang kepada pemikiran minda terkepung bersifat ekstrem merupakan ancaman kepada Malaysia kerana kecenderungan mereka menafsir dan melaporkan sesuatu peristiwa melalui lensa perkauman sempit.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Datuk Lukman Sheriff Alias menegaskan wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) memiliki pemikiran ‘minda terkepung’ bersifat ekstrem dan rasis.

Ia susulan tindakan wartawan tersebut yang mengemukakan soalan menyamakan kedudukan orang Melayu di Malaysia dengan sistem apartheid.

Beliau mempersoalkan bagaimana seorang wartawan boleh mempunyai pandangan bahawa kaum bukan Melayu di Malaysia menerima layanan seperti rakyat Palestin.

“Adakah kaum bukan Melayu di Malaysia dibunuh beramai-ramai tidak kira muda, tua atau wanita? Adakah rumah bukan Melayu dirampas dan dibom sesuka hati oleh kerajaan?

“Adakah mereka disekat mencari rezeki seperti rakyat Palestin? Mereka ditahan berjam-jam untuk pergi kerja dan ke hospital?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Malah tambahnya, orang bukan Melayu tidak pernah dilarang menggunakan jalan raya, disekat keluar negara atas dasar kaum, malah realiti ekonomi negara turut menunjukkan tiada seorang Melayu tersenarai dalam kelompok 10 atau 20 individu terkaya di Malaysia, sekali gus membuktikan perbandingan tersebut tidak berasas dan mengelirukan.

Beliau memberi amaran bahawa wartawan yang berpegang kepada pemikiran minda terkepung bersifat ekstrem merupakan ancaman kepada Malaysia kerana kecenderungan mereka menafsir dan melaporkan sesuatu peristiwa melalui lensa perkauman sempit.

“Ini minda terkepung yang ekstrem dan rasis sangat. Ia jauh dari realiti, tidak mengiktiraf Islamophobia yang ekstrim. Wartawan yang punyai minda terkepung yang ekstrim ini sangat bahaya bagi Malaysia.

“Mereka akan selalu atau boleh menyalahgambarkan sesuatu peristiwa mengikut kaca mata rasis mereka untuk mengukuhkan “realiti” perkauman salah mereka. Ini akan lagi menghasut kepada kebencian melampau antara kaum,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa meskipun tindakan sedang diambil oleh FMT, wartawan yang memiliki pemikiran sedemikian tidak wajar diambil bekerja oleh FMT atau mana-mana organisasi media kerana boleh menjejaskan integriti dan keharmonian masyarakat.

Semalam, The Merdeka Times melaporkan, Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan tindakan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT) yang didakwa mengaitkan polisi apartheid Israel terhadap Palestin dengan layanan orang Melayu terhadap masyarakat Cina di Malaysia, sambil menyifatkan perbandingan itu sebagai tidak berasas dan tidak intelektual.

Firdaus berkata, beliau merujuk kepada hantaran bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang memuji ucapan pemimpin Parti Pekerja Britain, George Galloway, berkaitan isu konflik dan genosid di Gaza.

Namun menurut Firdaus, ketika sesi soal jawab, seorang wakil FMT didakwa bertanyakan kepada Galloway sama ada polisi apartheid Israel “menyerupai cara orang Melayu melayan orang Cina di Malaysia”.

Walaupun menegaskan bahawa wartawan berhak bertanya soalan kritikal dan tidak wajar diugut, Firdaus menekankan bahawa kebebasan bertanya bukan lesen untuk melemparkan soalan yang tidak disertakan fakta dan kajian mencukupi. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author