Connect with us

Terkini

UNISEL bukan bukti Selangor iktiraf UEC – MINDA UKM

Published

on

Foto: Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr Anuar Ahmad.
  • Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr Anuar Ahmad menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan Selangor mengiktiraf UEC melalui kemasukan pelajar ke UNISEL adalah tidak tepat kerana universiti itu berstatus institusi pendidikan swasta.
  • “Banyak kali hujah ini digunakan oleh penyokong UEC. Faham elok-elok. UNISEL ialah universiti swasta di Malaysia. Maksudnya UNISEL ini berstatus universiti swasta sama seperti universiti swasta lain yang juga menerima UEC,” katanya.

KUALA LUMPUR — Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr Anuar Ahmad menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan Selangor mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melalui kemasukan pelajar ke Universiti Selangor (UNISEL) adalah tidak tepat kerana universiti itu berstatus institusi pendidikan swasta.

Dalam kenyataan di Facebook, beliau berkata banyak pihak menggunakan hujah bahawa Selangor sudah mengiktiraf UEC hanya kerana UNISEL menerima pelajar berkelayakan sijil tersebut untuk kemasukan ke universiti.

Menurutnya, hujah tersebut mengelirukan kerana UNISEL didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996, sekali gus bermakna polisinya selari dengan universiti swasta lain yang turut menerima UEC sebagai syarat kemasukan.

“Banyak kali hujah ini digunakan oleh penyokong UEC. Faham elok-elok.

“UNISEL ialah universiti swasta di Malaysia. Maksudnya UNISEL ini berstatus universiti swasta sama seperti universiti swasta lain yang juga menerima UEC,” katanya.

Dr Anuar turut menambah bahawa tuntutan pengiktirafan UEC sudah bermula sejak tahun 1975, dan isu itu berlarutan selama hampir 50 tahun tanpa penyelesaian muktamad.

Beliau mempersoalkan mengapa pihak yang memperjuangkan pengiktirafan tersebut tidak membawa tuntutan itu ke mahkamah jika benar isu berkenaan berada di pihak mereka.

“Sejak 1975, desakan iktiraf UEC dimulakan. Maksudnya sudah 50 tahun. Mengapa tidak bawa tuntutan iktiraf UEC ke mahkamah?” ujarnya.

Isu UEC kembali menjadi perdebatan nasional berikutan cadangan pengiktirafan peringkat negara oleh DAP sekali gus mencetuskan reaksi bercampur daripada ahli politik, akademik, kumpulan pendidikan dan masyarakat awam.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author