Connect with us

Terkini

Selagi UMNO dipimpin ‘UMDAP’, Muafakat Nasional sukar kembali – Isham Jalil

Published

on

Foto: Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
  • Menurut Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil sokongan terhadap perpaduan ummah dan Muafakat Nasional sebenarnya masih kuat dalam kalangan ahli UMNO asal serta akar umbi parti, namun hasrat tersebut tidak dizahirkan oleh kepimpinan tertinggi yang disifatkannya sebagai “UMDAP”.
  • “Saya sudah sarankan perkara ini dari dulu lagi. UMNO original dan di akar umbi mahukan perpaduan ummah dan Muafakat Nasional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil berpandangan bahawa usaha mengembalikan perpaduan ummah dan kerjasama politik melalui Muafakat Nasional sukar direalisasikan selagi kepimpinan UMNO didakwa masih terikat dengan pengaruh DAP.

Menurut beliau, sokongan terhadap perpaduan ummah dan Muafakat Nasional sebenarnya masih kuat dalam kalangan ahli UMNO asal serta akar umbi parti, namun hasrat tersebut tidak dizahirkan oleh kepimpinan tertinggi yang disifatkannya sebagai “UMDAP”.

“Saya sudah sarankan perkara ini dari dulu lagi. UMNO original dan di akar umbi mahukan perpaduan ummah dan Muafakat Nasional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Isham mendakwa golongan yang menolak usaha tersebut ialah pemimpin-pemimpin yang menurutnya telah selesa dengan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan sedia ada.

“Yang tidak mahu itu ialah pemimpin-pemimpin UMDAP. Selagi UMNO dipimpin oleh UMDAP, Muafakat Nasional sukar dikembalikan,” katanya.

Beliau turut mendakwa bahawa sebahagian pemimpin berkenaan akur kepada DAP kerana bimbang kehilangan jawatan atau berdepan tindakan undang-undang, sekali gus meletakkan kepentingan peribadi mengatasi agenda perpaduan ummah.

“Sebab pemimpin-pemimpin UMDAP ini sudah selesa dengan jawatan dan takut kena dakwa dan oleh itu mereka akur kepada DAP,” dakwanya lagi.

Dalam nada lebih keras, Isham menyifatkan slogan “UMDAP Mantap” sebagai pengakuan terbuka bahawa perpaduan ummah bukan lagi keutamaan sebahagian pimpinan UMNO ketika ini.

“Bagi mereka perpaduan ummah tolak tepi, yang penting lepas tengkok sendiri,” katanya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author