Terkini
Ramssol dilantik ejen JPJ : ‘Zaman ini semua kena lantik ejen?’ Akmal soal Anthony Loke
- Dalam satu kenyataan ringkas yang ditujukan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan rasional tindakan tersebut.
- “Selama ini yang kita bayar melalui apps JPJ tu siapa yang uruskan? Jika JPJ sendiri yang uruskan, apakah keperluan melantik ejen kutipan? Ke memang semua zaman ini nak kena lantik ejen?” soal beliau
- Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Rider Gate Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd, telah dilantik sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ.
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan keputusan kerajaan melantik sebuah syarikat swasta sebagai ejen kutipan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sedangkan selama ini transaksi melalui aplikasi JPJ diuruskan oleh jabatan itu sendiri.
Dalam satu kenyataan ringkas yang ditujukan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, beliau mempersoalkan rasional tindakan tersebut.

“Selama ini yang kita bayar melalui apps JPJ tu siapa yang uruskan? Jika JPJ sendiri yang uruskan, apakah keperluan melantik ejen kutipan? Ke memang semua zaman ini nak kena lantik ejen?” katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Rider Gate Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd, telah dilantik sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ.
Dalam kenyataan syarikat itu semalam, Ramssol memaklumkan bahawa melalui portal dan aplikasi Rider Gate, pengguna kini boleh mengakses platform digital untuk melakukan beberapa urusan JPJ, termasuk pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik, dan pindah hak milik kenderaan.
Setiap transaksi akan dikenakan caj nominal, namun tidak diperincikan dalam kenyataan tersebut.
Syarikat itu berkata sistem ini menawarkan pelaporan masa nyata kepada JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk memastikanketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi, serta pengalaman pengguna yang lebih mudah dan selamat.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Ramssol, Datuk Wira Cllement Tan, kerjasama tersebut meletakkan syarikat itu di barisan hadapan transformasi digital sektor pengangkutan.
“Kami bersedia menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, inovatif dan berpusatkan pengguna,” katanya.
Setakat ini, Kementerian Pengangkutan belum mengeluarkan penjelasan balas terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Akmal.-The Merdeka Times