Connect with us

Terkini

PN tidak letak calon dalam PRK Kinabatangan, Lamag – Tuan Ibrahim

Published

on

Foto: Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.
  • Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 16 Disember ini.

Hal itu susulan kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun di sebuah hospital swasta di Sabah pada 1.46 pagi, kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua.

Pada Pilihan Raya Negeri 29 November lepas, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Di peringkat politik nasional, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999 dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author