Connect with us

Terkini

Pengundi Cina tolak DAP di Sabah, bukti penolakan politik PH semakin meluas

Published

on

Foto: Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy
  • Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy berkata ia hanya menunggu masa sebelum gegaran politik di Sabah ini dibawa pula ke Semenanjung.
  • Menurut beliau, pendekatan politik palsu dan sintetik yang dibawa DAP dan PKR tidak lagi mempunyai tempat dalam politik Sabah.
  • Beliau turut menegaskan jika pengundi masyarakat Cina di Sabah boleh menarik diri daripada menyokong DAP, maka hanya menunggu masa sebelum masyarakat Cina di tempat lain turut meninggalkan parti itu.

KUALA LUMPUR – Kekalahan DAP pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah bukan sekadar satu ‘wake-up call’, tetapi satu mesej kuat bahawa masa parti itu dalam politik serantau telah berakhir secara mendadak.

Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy berkata ia hanya menunggu masa sebelum gegaran politik di Sabah ini dibawa pula ke Semenanjung.

Menurut beliau, pendekatan politik palsu dan sintetik yang dibawa oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi mempunyai tempat dalam politik Sabah.

Ramasamy berkata selepas beberapa tahun kebelakangan ini rakyat Sabah sudah melihat watak sebenar parti-parti politik yang membentuk tulang belakang gabungan Pakatan Harapan (PH) ini.

“Pengundi Cina beralih menyokong Warisan kerana mereka sedar bahawa DAP bermain dengan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan mereka.

“Lapan kawasan yang secara tradisinya mengundi DAP menolak parti Semenanjung itu dengan satu penolakan yang jelas dan tegas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, penolakan terhadap PH bukan sesuatu yang hanya berlaku di Sabah.

“Dalam bulan-bulan menjelang pilihan raya umum atau negeri di Semenanjung, perjalanan politik gabungan pemerintah yang diterajui PH tidak akan mudah.

“Ketika ini, skandal perlombongan, isu rasuah dan tindakan berat sebelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kekecohan bola sepak FAM dan lain-lain telah meragut mandat politik Kerajaan Madani,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan jika pengundi masyarakat Cina di Sabah boleh menarik diri daripada menyokong DAP, maka hanya menunggu masa sebelum masyarakat Cina di tempat lain turut meninggalkan parti itu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author