Connect with us

Terkini

PAS tak jadi khadam DAP – Dr Azman Ibrahim

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim.
  • Dalam satu kenyataan di Facebook, Azman menjelaskan bahawa kerjasama PAS dengan DAP pada masa lalu bukanlah hubungan “tidur sebantal” atau menjadi “khadam”, sebaliknya sekadar bekerjasama untuk mencapai matlamat tertentu atas prinsip setuju untuk tidak bersetuju.
  • “Ya, betul kita pernah bersama DAP. Tapi tidak tidur sebantal dan tidak menjadi khadam. Hanya naik satu kereta yang sama untuk suatu tujuan,” katanya.

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengakui pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini, namun kerjasama tersebut bersifat terhad dan tidak melibatkan pengorbanan prinsip, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Azman menjelaskan bahawa kerjasama PAS dengan DAP pada masa lalu bukanlah hubungan “tidur sebantal” atau menjadi “khadam”, sebaliknya sekadar bekerjasama untuk mencapai matlamat tertentu atas prinsip setuju untuk tidak bersetuju.

“Ya, betul kita pernah bersama DAP. Tapi tidak tidur sebantal dan tidak menjadi khadam. Hanya naik satu kereta yang sama untuk suatu tujuan,” katanya.

Bagi menjelaskan pendirian PAS, beliau menggunakan analogi perjalanan bersama dalam sebuah kenderaan. Menurutnya, apabila masuk waktu solat, PAS berpegang kepada prinsip untuk berhenti dan menunaikan solat di masjid, tanpa memaksa pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Masuk waktu solat, kita mahu berhenti solat di masjid. Atas prinsip setuju untuk tidak bersetuju, mereka mesti bersetuju untuk berhenti, tunggu kita selesai solat dan kemudian sambung perjalanan semula, walaupun mereka tidak solat dan kita juga tidak menyuruh mereka solat,” jelasnya.

Namun, Azman menegaskan bahawa apabila prinsip asas itu tidak dihormati iaitu apabila pihak yang bekerjasama enggan berhenti maka kerjasama tersebut tidak lagi boleh diteruskan.

“Apabila mereka tidak bersetuju untuk berhenti, bermakna prinsip setuju untuk tidak bersetuju sudah tidak dipatuhi. Keputusannya sama ada kami yang turun daripada kereta atau kamu yang perlu turun. Akhirnya, kami yang turun,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa analogi tersebut menggambarkan secara mudah sebab mengapa PAS akhirnya memilih untuk berpisah daripada kerjasama terdahulu, demi mempertahankan prinsip dan nilai perjuangan parti.

Kenyataan itu dilihat sebagai penjelasan balas terhadap kritikan dan dakwaan bahawa PAS pernah bekerjasama rapat dengan DAP, dengan Azman menekankan bahawa sebarang kerjasama politik tidak boleh mengatasi prinsip asas parti, khususnya yang melibatkan pegangan agama dan nilai teras perjuangan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author