Connect with us

Terkini

Kerajaan tidak boleh lengah jika mahkamah benarkan Najib jalani tahanan rumah – Peguam

Published

on

Foto: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
  • Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa anak guamnya perlu dibebaskan ke tahanan rumah serta-merta walaupun kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan yang memihak kepada Najib.
  • “Pada 22 Disember, Isnin depan, jika keputusan memihak kepada Datuk Seri Najib, secara teknikal beliau mesti ditempatkan di tahanan rumah serta-merta,” katanya kepada media dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti dibenarkan segera menjalani baki hukuman penjaranya di kediaman sendiri dan bukan di Penjara Kajang sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan pada Isnin depan bahawa perintah tahanan rumah boleh dilaksanakan, kata peguamnya hari ini.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa anak guamnya perlu dibebaskan ke tahanan rumah serta-merta walaupun kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan yang memihak kepada Najib.

“Pada 22 Disember, Isnin depan, jika keputusan memihak kepada Datuk Seri Najib, secara teknikal beliau mesti ditempatkan di tahanan rumah serta-merta,” katanya kepada media dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Shafee berhujah bahawa kerajaan tidak boleh memohon penangguhan atau penggantungan pelaksanaan perintah tahanan rumah sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Najib dan kerajaan merayu, kerana ia melibatkan kebebasan individu.

“Anda tidak boleh menggantung kebebasan. Kebebasan mesti diberi,” katanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan dalam kes rasuah dana SRC International.

Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pelaksanaan tahanan rumah dijangka diumumkan Isnin depan. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author