Connect with us

Terkini

Firdaus Wong menang saman fitnah Atomy, Mahkamah putus wujud aktiviti kristianisasi

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong

  • Menerusi satu hantaran di Facebook, Firdaus Wong berkata mahkamah memutuskan bahawa Atomy Co Ltd dari Korea Selatan memang terlibat dalam aktiviti Kristianisasi, seperti yang dibangkitkannya sebelum ini.
  • Menurut beliau, mahkamah turut memerintahkan Atomy Malaysia membayar kos sebanyak RM70,000 kepadanya selaku defendan dalam kes tersebut.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong memaklumkan bahawa beliau berjaya mempertahankan diri dalam satu saman fitnah yang difailkan terhadapnya melibatkan syarikat Atomy Malaysia, selepas mahkamah membuat keputusan memihak kepadanya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Firdaus Wong berkata mahkamah memutuskan bahawa Atomy Co Ltd dari Korea Selatan memang terlibat dalam aktiviti Kristianisasi, seperti yang dibangkitkannya sebelum ini.

Menurut beliau, mahkamah turut memerintahkan Atomy Malaysia membayar kos sebanyak RM70,000 kepadanya selaku defendan dalam kes tersebut.

“Alhamdulillah. Allahuakbar. Kita menang saman fitnah terhadap Atomy Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu sambil merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan beliau sepanjang prosiding kes berkenaan.

Firdaus Wong turut memaklumkan bahawa injunksi mahkamah yang sebelum ini menghalangnya daripada bercakap atau menulis mengenai Atomy telah dibatalkan, sekali gus membolehkan beliau kembali bersuara berhubung isu berkenaan.

Susulan keputusan itu, beliau menyatakan hasrat untuk mendedahkan lebih banyak perkara yang berlaku dalam perbicaraan, termasuk berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan di mahkamah.

Setakat ini, tiada kenyataan balas rasmi daripada pihak Atomy Malaysia atau Atomy Co Ltd Korea berhubung dakwaan dan keputusan mahkamah seperti yang didedahkan oleh Firdaus Wong dalam hantaran berkenaan.

Isu tersebut menjadi kontroversi dan perdebatan umum apabila MRM menerusi Firdaus Wong pada 2022 telah mendedahkan bahawa Atomy merupakan sebuah pertubuhan perniagaan yang secara terang-terangan menyokong usaha-usaha Kristianisasi.

Pendedahan itu dibuat melalui bukti yang diperoleh daripada pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta anugerah yang dimenangi oleh syarikat itu. Malah, melalui laman web Atomy Co. Ltd., mereka secara terang-terangan mengakuinya.

Atomy Co. Ltd. adalah syarikat yang diasaskan oleh Han Gill Park dari Korea Selatan pada tahun 2009. Syarikat yang berpangkalan di Gongju Korea Selatan ini telah mengeluarkan lebih 400 produk dalam pelbagai kategori termasuk makanan tambahan nutrisi, kecantikan, fesyen dan hiasan rumah.

Dengan menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM), syarikat ini telah meluaskan pengaruhnya di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Ramai yang terlibat dengan Atomy Malaysia termasuklah figura-figura dakwah dan pakar motivasi terkenal.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author