Connect with us

Terkini

Doktor dedah krisis Pakar Otak di Malaysia

Published

on

Foto: Pakar Bedah Saraf Hospital Columbia Asia, Dr. Moventhiran Ramakrishnan
  • “Kita hanya ada 112 orang pakar bedah otak dekat Malaysia. 70 orang berada di KKM. Itu angka yang terlalu kecil, Untuk populasi Selangor, kita hanya ada tujuh pakar bedah otak. Untuk Klang sahaja, dengan populasi 3.7 juta, hanya dua orang pakar bedah otak yang cover Klang, Shah Alam, Banting, Tanjung Karang dan UiTM di bawah jagaan kami,” – Pakar Bedah Saraf Hospital Columbia Asia, Dr. Moventhiran Ramakrishnan
  • Menurut beliau, kekurangan tenaga pakar memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan awam memandangkan jumlah kes yang diterima setiap hari amat tinggi.

Malaysia hanya mempunyai 112 pakar bedah otak di seluruh negara dan lebih 60 peratus daripadanya berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menurut pendedahan Pakar Bedah Saraf Hospital Columbia Asia, Dr. Moventhiran Ramakrishnan.

Beliau berkata angka tersebut amat kecil berbanding keperluan negara, terutama bagi negeri dan kawasan berpopulasi tinggi seperti Selangor.

“Kita hanya ada 112 orang pakar bedah otak dekat Malaysia. 70 orang berada di Kementerian Kesihatan Malaysia. Itu angka yang terlalu kecil,” katanya dalam podcast The Overview.

Situasi tersebut tambah membimbangkan di Selangor, di mana jumlah pakar bedah otak sangat terhad berbanding bilangan penduduk yang mencecah jutaan orang.

“Untuk populasi Selangor, kita hanya ada tujuh pakar bedah otak. Untuk Klang sahaja, dengan populasi 3.7 juta, hanya dua orang pakar bedah otak yang cover Klang, Shah Alam, Banting, Tanjung Karang dan UiTM di bawah jagaan kami,” jelasnya.

Menurut beliau, kekurangan tenaga pakar memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan awam memandangkan jumlah kes yang diterima setiap hari amat tinggi.

“Di Klang, sehari sahaja saya boleh dapat hampir 30 hingga 40 kes rujukan. Yang perlu pembedahan pula selalunya sekitar lima hingga enam kes sehari. Kadang-kadang boleh mencecah tujuh atau lapan kes,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kes-kes besar yang memerlukan perancangan teliti, termasuk jadual bilik pembedahan, menyebabkan beban kerja semakin berat. Dalam seminggu, katanya, pembedahan kes besar boleh menjangkau antara 10 hingga 13 kes.

Dr. Moventhiran berkata usaha melahirkan lebih ramai pakar bedah otak tempatan perlu diperkasa segera bagi menampung keperluan pesakit yang kian meningkat.

“Kita push untuk adik-adik bawah yang baru. Kita tak nak mereka keluar (ke luar negara). Kita tak nak mereka pergi New Zealand, Australia, Singapura. Kita nak mereka di sini. Kita nak train doktor-doktor baru ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa negara memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang tersebut demi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan kritikal dan akses rawatan untuk rakyat di semua negeri.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author