Terkini
Bahaya biarkan guru bernafsu songsang di sekolah
- Pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh berkata perbuatan tersebut disifatkan umpama membiarkan serigala menjaga kawanan biri-biri.
- “Harap KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) tak pandang remeh isu ini, beberapa orang guru ditahan di spa songsang semalam perlu diambil tindakan sewajarnya.
- Tegasnya lagi, susulan beberapa laporan media mengenai salah laku seksual oleh pendidik, timbul gesaan agar langkah keselamatan dipertingkat bagi mengelakkan murid menjadi mangsa eksploitasi.
KUALA LUMPUR – Pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh menegaskan adalah sangat bahaya untuk terus membiarkan guru bernafsu songsang berada di sekolah.
Menurut beliau, perbuatan tersebut disifatkan umpama membiarkan serigala menjaga kawanan biri-biri.
Tambah Mohd Fadli, terdapat banyak kes lampau melibatkan guru-guru dengan kesalahan-kesalahan aktiviti songsang tersebut.
“Harap KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) tak pandang remeh isu ini, beberapa orang guru ditahan di spa songsang semalam perlu diambil tindakan sewajarnya.
“Paling penting, jangan biarkan mereka berada di sekolah lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tegasnya lagi, susulan beberapa laporan media mengenai salah laku seksual oleh pendidik, timbul gesaan agar langkah keselamatan dipertingkat bagi mengelakkan murid menjadi mangsa eksploitasi.
“Murid-murid ni patuh pada guru. Risau diambil kesempatan, kena ‘groom’ sejak remaja akhirnya menjadi mangsa guru sendiri.
“Dan dah beberapa kali kes terjadi guru liwat murid, kena cegah sebelum parah,” ujarnya. – The Merdeka Times