Connect with us

Terkini

Aktiviti Songsang: Pegawai PTD diarah letak jawatan serta-merta

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.
  • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata pihak kementerian memandang serius insiden tersebut dan telah mengambil tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
  • “KPT menegaskan bahawa tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola, dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa.
  • “Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya

KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berkhidmat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah diarahkan meletakkan jawatan serta-merta susulan penahanannya dalam serbuan polis di pusat sauna yang disyaki menjadi lokasi lelaki, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata pihak kementerian memandang serius insiden tersebut dan telah mengambil tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

Selain itu, menurut beliau, Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut memulakan siasatan dalaman untuk menentukan tindakan tatatertib, seterusnya mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.

“KPT menegaskan bahawa tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola, dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa.

“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan seramai 201 pengunjung ditahan dalam serbuan ke atas sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat yang didakwa dijadikan sarang buat lelaki gay melampiaskan nafsu songsang di Chow Kit, di sini, Jumaat lalu.

Daripada yang ditahan itu, seramai 17 orang merupakan penjawat awam terdiri daripada guru, doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) serta pegawai agensi penguatkuasaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author